Hari ini, Bandai Namco Entertainment telah mengeluarkan ‘launch trailer rasmi’ untuk Bardock: Alone Against Fate, DLC keempat bagi game Dragon Ball Z: Kakarot, dan secara terang-terangan mengesahkan khabar angin tentang DLC seterusnya yang bakal mengadaptasikan kisah ’23rd Tenkaichi Budokai Arc’.
DLC Bardock akan dilancarkan bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PS5 dan Xbox Series X pada 12 Januari dan merupakan DLC pertama daripada tiga koleksi DLC baharu dalam Season Pass 2. Baru-baru ini, beberapa khabar angin muncul dalam internet yang mendakwa DLC 5 akan mengadaptasikan “23rd Tenkaichi Budokai arc” atau lebih dikenali sebagai Piccolo Jr. Saga.
Ternyata, khabar angin itu betul.
Seperti yang anda dapat lihat dalam video di atas, trailer DBZ: Kakarot banyak memfokuskan pada DLC 4, tetapi di hujung-hujung video, sebuah siluet akan muncul yang menunjukkan seorang watak misteri memegang payung ditemani oleh teks “Coming Soon”, yang mencadangkan ini adalah isi DLC seterusnya.
Di mata orang biasa, mungkin anda tidak faham tetapi peminat tegar Dragon Ball serta merta akan tahu bahawa ini adalah pakaian Goku dalam Piccolo Jr. Saga.
Untuk mengingatkan anda semua, Piccolo Jr. Saga ialah story arc terakhir dalam Dragon Ball original, di mana Goku dan Piccolo berhadapan antara satu sama lain. Kisah ini berlaku beberapa tahun sebelum mereka bekerjasama untuk menewaskan Raditz dalam Dragon Ball Z.
Tarikh keluaran rasmi untuk DLC 5 tidak diumumkan, tetapi memandangkan Dragon Ball Z: Kakarot Bardock DLC akan dikeluarkan tidak lama lagi, kita mungkin akan mendapat lebih banyak info dalam masa akan datang. Malangnya, itu sahaja yang dikongsikan oleh Bandai Namco buat masa ini.
Sebagai peringatan, DDLC “-Bardock- Alone Against Fate” akan dilancarkan pada 12 Januari bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PlayStation 5 dan Xbox Series. Buat sesiapa yang berminat, Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.
@gamersantaimy
Discussion about this post