Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot DLC akan keluar pada 28 April! Goku vs. Beerus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot DLC akan keluar pada 28 April! Goku vs. Beerus!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah berminggu-minggu berahsia, Dragon Ball Z: Kakarot akhirnya bersedia untuk menerima DLC pertamanya pada akhir bulan ini. DLC baru ini bernama A New Power Awakens – Part 1, dan akan dilancarkan pada 28 April. Ia akan menambahkan Beerus ke dalam permainan sebagai pertarungan BOSS untuk pemain berlawan sekiranya level pemain cukup tinggi. Selain itu, transformasi Super Saiyan God Vegeta dan Super Saiyan God Goku akan menjadikan pertarungan itu lebih mudah selepas pemain membuka “power-up” tersebut.

Transformasi dan penampilan Beerus adalah fokus utama dalam DLC, dan setakat itu sahaja yang saya tahu tentang DLC buat masa ini. Pemain dapat mengakses DLC pada bila-bila masa dalam permainan, tetapi jika anda bercadang untuk melawan Beerus, pertarungan ini mungkin agak sukar. God of Destruction Beerus ditetapkan pada level 250 yang bermaksud anda akan memerlukan lebih daripada transformasi Super Saiyan God untuk menang.

“Ketika Beerus muncul, Vegeta dan Goku akan bertarung bersama untuk mengalahkannya dalam episod pertarungan BOSS ini. Ditetapkan pada level 250, Beerus akan menjadi lawan yang sukar, terutamanya bila pemain tidak akan dapat memanfaatkan barangan mereka untuk mengalahkannya.” – Bandai Namco.

Hara Ryousuke, producer DBZ: Kakarot, mengatakan bahawa kadar kemenangannya untuk pertarungan Beerus adalah 1/10. Pemain mungkin akan menemui beberapa cara untuk mengatasi Beerus, tetapi hakikatnya, ia akan menjadi pertarungan yang sangat sukar.

A New Power Awakens – Part 1 akan tersedia pada 28 April bagi mereka yang mempunyai Season Pass. Mereka yang tidak ada, boleh membelinya bersama A New Power Awakens – Part 2 yang Bandai Namco kata akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Sumber – Twitter@Bandai Namco US

Tags: A New Power Awakens - Part 1Bandai NamcobeerusDLCDragon Ball Z: KakarotSuper Saiyan God
Previous Post

Penjualan FINAL FANTASY VII REMAKE mencecah 3.5 Juta di seluruh dunia dalam 3 hari!

Next Post

Game mobile anime Overlord: Mass For The Dead secara rasmi dilancarkan di beberapa negara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game mobile anime Overlord: Mass For The Dead secara rasmi dilancarkan di beberapa negara!

Game mobile anime Overlord: Mass For The Dead secara rasmi dilancarkan di beberapa negara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd