Dragon Ball Super #71: Goku & Vegeta menerima “power-up tahap dewa” sebelum bertemu Granolah!

AMARAN! Terdapat spoiler untuk manga Dragon Ball Super bab #71 di bawah!

Pada permulaan bab #71, Whis bertanya kepada Goku jika dia memahami perbezaan antara dirinya dan para Angel. Goku tidak tahu dan Whis menjelaskan bahawa Angel “sentiasa berada dalam keadaan Ultra Instinct“.

“Ketika hati tenang, badan anda akan bergerak dengan sendiri tidak kira apa bentuk.” – kata Whis.

Akhirnya, Goku faham bahawa dia perlu belajar cara-cara untuk mengakses Ultra Instinct tanpa memerlukan transformasi, supaya tidak membazir tenaga. Di latar belakang, kami boleh melihat Vegeta meneruskan latihannya bersama Beerus.

Kembali ke Planet Cereal, Granolah sedang mengawasi Monaito (warga Namek yang mengawasi mutiara naga di planet tersebut), ketika dia menunggu berita tentang Frieza dari kumpulan Heeter. Walaubagaimanapun, kumpulan itu mempunyai rancangan untuk melagakan Granolah dengan Goku dan Vegeta. Mereka sebenarnya sudah tahu lokasi Frieza, tetapi sebaliknya, Elec meminta Oil dan Macki untuk mengunjungi Zuno, seorang mahluk asing dengan pengetahuan luas tentang alam semesta.

Di planet Zuno, mereka menerima maklumat tentang Goku dan Vegeta serta cara untuk dapatkan mutiara naga. Oil dan Macki mengambil masa sebulan untuk sampai ke Bumi, dan pada tempoh masa itu, latihan Goku dan Vegeta telah berjalan dengan amat lancar.

Goku kini mampu menggunakan kekuatan dan kepantasan Ultra Instinct tanpa mengubah transformasi, di mana dia mampu mengelak dan menghentikan serangan Whis dengan mudah, tanpa membuka mata. Transformasi Ultra Instinct sekarang akan menjadi aset penting, untuk Goku melampaui batas dan meningkatkan kekuatannya.

Sementara itu, Vegeta telah menguasai teknik Destroyer yang dikenali sebagai “Hakai“. Didapati sedang berlatih di bawah air terjun, Beerus melemparkan beberapa batang pokok untuk Vegeta musnahkan. Dia berjaya menghapuskan semua sasaran dan tanpa sengaja menghancurkan seluruh air terjun ketika meletupkan batang pokok terakhir.

Kembali ke Bumi, Macki dan Oil mendekati Chi-Chi dan Bulma yang kemudian menyeru Goku dan Vegeta untuk balik. Secara ringkasnya, Macki dan Oil memberitahu bahawa Granolah sebenarnya adalah individu jahat dan merupakan pahlawan terkuat di alam semesta.  Perkara ini menarik perhatian Goku dan Vegeta lalu menyakinkan mereka untuk balik ke Bumi.

Sebelum balik ke bumi, Vegeta menerima salah satu anting-anting khas Beerus. Rupanya, anting-anting ini adalah simbol untuk mereka yang boleh menggunakan Hakai.” Pada masa yang sama, Whis melukis simbol baru pada baju Goku.

Sementara menunggu kepulangan dua wira ini, Macki dan Oil mencuri Dragon Radar supaya boleh mengumpulkan mutiara naga di Planet Cereal. Walaupun tidak jelas apa yang mereka mahukan, ia pasti akan memainkan peranan yang besar. Tidak lama kemudian, Goku dan Vegeta tiba di Bumi, di mana mereka bertemu dengan Macki dan Oil lalu berangkat bersama ke Planet Cereal.

Tibanya di Planet Cereal, Macki memberitahu Granolah bahawa Frieza telah menghantar dua pembunuh upahan untuk membunuhnya. Walaupun Granolah gembira kerana dapat mengalahkan dua orang penjahat Frieza, dia terkejut apabila dapat bahawa mereka sebenarnya adalah ahli Saiyan, yang menghapuskan warga Cereal semasa di bawah zaman pemerintahan Frieza.

Di halaman terakhir Dragon Ball Super bab #71, Granolah nampaknya sudah bersiap sedia untuk membalas dendam terhadap semua yang memusnahkan Planet Cereal. Apakah nasib yang akan menimpa Goku dan Vegeta? Adakah mereka sudah cukup kuat untuk berlawan dengan “pahlawan terkuat di alam semesta?” Kita akan tahu dalam bab seterusnya!

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.