Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Sparking ZERO Akan Tiba Di Nintendo Switch & Switch 2 November Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2
0 0
0
Dragon Ball: Sparking ZERO Akan Tiba Di Nintendo Switch & Switch 2 November Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pembangun Spike Chunsoft telah mengesahkan bahawa fighting game, Dragon Ball: Sparking ZERO, bakal menemui peminat di platform Nintendo Switch dan konsol Switch 2 pada 14 November kelak.

Berita ini hadir selepas game itu terlebih dahulu dilancarkan pada 11 Oktober 2024 untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Kini, peluang dibuka kepada komuniti pemain Nintendo Switch untuk turut merasai aksi hebat Sparking ZERO.

Sebagai kesinambungan kepada siri Budokai Tenkaichi yang popular, Dragon Ball: Sparking ZERO menjanjikan evolusi gameplay ke satu aras yang baharu sepenuhnya. Pemain akan berpeluang menguasai pelbagai watak ikonik, masing-masing lengkap dengan kebolehan istimewa, transformasi hebat, dan teknik pertempuran unik.

Teras gameplay terletak pada sistem pertarungan 3D yang pantas, yang diilhamkan terus daripada siri anime dan permainan video asalnya.

Setiap aksi dihidupkan dengan kualiti visual yang memukau dan gerakan tempur yang autentik, termasuk ‘beam clash’ yang dahsyat, serangan bertubi-tubi, gerakan sepantas kilat, serta serangan penamat yang mampu memusnahkan sebuah planet.

Pelbagai mod disediakan untuk mempamerkan kehebatan watak-watak ini. Bagi yang gemarkan cabaran kompetitif, mod dalam talian membenarkan pemain menguji kekuatan menentang pemain lain dari seluruh dunia. Sementara itu, mod luar talian pula sesuai untuk sesi latihan santai bersama rakan di Hyperbolic Time Chamber.

Mod kejohanan dengan pelbagai syarat kemenangan turut ditawarkan untuk mereka yang ingin membuktikan kehebatan sebagai pahlawan terunggul.

Selain itu, kempen single-player mengajak pemain untuk menyelami semula jalan cerita asal, di samping menemui babak-babak baharu. Pemain dapat menghayati detik-detik penting siri ini melalui perspektif lapan watak berbeza.

Satu lagi ciri menarik ialah mod ‘creation’, yang memberi kebebasan kepada pemain untuk mereka semula babak pertarungan epik atau mencipta senario impian mereka sendiri. Hasil ciptaan ini boleh dikongsi bersama komuniti global, membolehkan semua peminat menikmati pertempuran yang lahir daripada imaginasi masing-masing.

Tags: Dragon Ball: Sparking ZEROnintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload Menuju Ke Switch 2, Pelancaran Global Pada 23 Oktober

Next Post

Square Enix Umum ‘The Adventures of Elliot: The Millennium Tales,’ RPG Aksi HD-2D Baharu Untuk Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Square Enix Umum ‘The Adventures of Elliot: The Millennium Tales,’ RPG Aksi HD-2D Baharu Untuk Switch 2

Square Enix Umum 'The Adventures of Elliot: The Millennium Tales,' RPG Aksi HD-2D Baharu Untuk Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd