Dragon Ball adalah antara francais paling popular di genre shounen selama beberapa dekad. Francais ini mempunyai kecenderungan untuk fokus pada kaum Saiyan, tetapi Piccolo adalah seorang watak hebat yang tidak harus dipandang rendah dan telah menjadi antara tokoh penting dalam banyak situasi. Walau bagaimanapun, individu keturunan Namek ini masih misteri untuk kebanyakan peminat. Mari kita belajar beberapa fakta dan trivia unik tentang Piccolo!
Menjadi pemimpin Neraka secara tidak rasmi
Dragon Ball GT amat berkontroversi dalam kisah Dragon Ball. Satu story arc di siri tersebut mengisahkan pintu antara Neraka dan Bumi yang pecah di mana banyak musuh melarikan diri. Piccolo membantu Goku menguruskan kekacauan ini dan mengorbankan dirinya supaya Goku dapat kembali ke Bumi. Akibatnya, Piccolo terpaksa mengawasi Neraka untuk menghalang semua banduan daripada melarikan, dan mengawasi mereka sebagai pemimpin terbaru.
Badan terdiri dari tiga orang Namek
Sebelum anting-anting Potara dan tarian fusion diperkenalkan, orang Namek sebenarnya sudah tunjukkan konsep ini kepada peminat. Pertama sekali, Piccolo bergabung dengan Nail dan menyerap kekuatannya sepenuhnya. Kemudian, Piccolo bergabung sekali lagi dengan Kami dan menerima lebih banyak kuasa. Secara ringkas, badannya sebenarnya terdiri dari 3 individu termasuk dirinya sendiri.
Boleh berubah menjadi gergasi
Satu perkara yang majoriti peminat tahu tentang orang Namek ialah mereka dapat menumbuh semula anggota badan yang hilang atau memanjangkannya untuk menyerang jarak jauh. Satu abiliti yang ramai sebenarnya tidak tahu ialah orang Namek sebenarnya dapat meningkatkan saiz sehingga menjadi gergasi. Abiliti ini digelar sebagai Giant Form. Walau bagaimanapun, Piccolo dapat melangkah satu lagi langkah dan mencapai Super Giant-Form. Walaupun jarang digunakan, Piccolo masih dapat menggunakan abiliti ini bila keadaan memerlukan.
Tidak perlu makan untuk hidup
Dragon Ball menjelaskan bahawa orang Namek hanya memerlukan air untuk bertahan hidup dan sebenarnya tidak perlu makan makanan. Ini memberi mereka kelebihan yang berbeza dalam situasi bertahan hidup. Walaupun begitu, Piccolo ditunjukkan pernah mencuba makan ikan dan adalah satu-satunya warga Namek yang pernah buat sebegitu.
Warna darahnya asyik berubah
Di Dragon Ball, Piccolo mempunyai darah merah sehinggalah permulaan Dragon Ball Z. Walau bagaimanapun, ia berubah kepada darah ungu (kadang kala hijau) di Dragon Ball Z. Di Dragon Ball Super, Piccolo kini mempunyai darah hijau. Ia tidak jelas jika perkara ini hanyalah kesilapan oleh pihak animasi, atau perubahan genetik dalam badan Piccolo.
Mempunyai adik beradik
Demon King Piccolo melahirkan 5 orang anak untuk membunuh semua pahlawan di Bumi. Piccolo Junior adalah antaranya dan merupakan yang terkuat. Selebihnya ialah Drum, Tambourine, Cymbal, dan Piano. Malangnya, mereka semua sudah mati sekarang.
Antara penjahat yang berjaya membunuh Goku
Banyak penjahat diperkenalkan sepanjang siri Dragon Ball yang berdedikasi untuk membunuh Goku. Harus diingatkan bahawa Piccolo adalah reinkarnasi kepada ayahnya, Demon King Piccolo di mana misinya adalah untuk membalas dendam demi kematian ayahnya. Secara tanpa langsung, Piccolo berjaya membunuh Goku dengan teknik Special Beam Cannon dalam pertarungan mereka dengan Raditz. Satu lagi info tambahan ialah Cell juga merupakan salah satu penjahat yang berjaya membunuh Goku, walaupun akhirnya ditewaskan oleh Gohan.
Itu sahaja fakta dan trivia unik tentang Piccolo! Harap info ni membantu anda semua lebih mengenali watak ikonik ini dalam francais Dragon Ball. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball termasuk manga, anime dan permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Dragon Ball Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post