Masih tidak banyak maklumat yang didedahkan tentang kewujudan Grand Theft Auto 6 dan saya harus tabik Rockstar Games kerana mereka masih berjaya menyimpan rahsia tentang entri seterusnya untuk francais GTA sehingga hari ini. Namun, maklumat baharu tentang game ini nampaknya datang daripada sumber yang agak ganjil iaitu Snoop Dogg di mana dia memberitahu kerjasama Dr Dre dan francais game GTA.
Dalam sebuah temu bual dengan Rolling Stone, Snoop Dogg memberitahu outlet tersebut bahawa rakan rapatnya Dr Dre sedang mengusahakan lagu untuk game terbaru GTA. Rolling Stone cuba menghubungi Rockstar Games, tetapi syarikat itu nampaknya enggan memberi komen mengenai penglibatan Dr Dre. Buat masa ini, pembaca tidak perlu menaruh harapan 100% sehingga Rockstar Games membuat pengumuman rasmi!
“I do know he’s in the studio,” kata Snoop kepada Rolling Stone. “I do know he’s making great f**king music. And some of his music is connected to the GTA game that’s coming out. So I think that that will be the way that his music will be released, through the GTA video game.”
Malangnya, saya sendiri tidak pasti bila kami akan mendapat berita rasmi tentang GTA 6. Buat masa ini, Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition ditetapkan untuk dikeluarkan pada bulan depan dan update next-gen untuk Grand Theft Auto V akan tiba di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada tahun depan.
Walau bagaimanapun, GTA 6 masih belum mempunyai tarikh pelepasan dan tiada ada sebarang visual yang ditunjukkan tentang game itu setakat ini. Ini membuatkan ramai peminat menjadi tidak sabar kerana GTA 5 pun dikeluarkan sejak 2013 iaitu 8 tahun lepas.
Kita hanya boleh melihat sejauh penglibatan Dr. Dre dalam “game terbaru GTA”! Jika penyanyi rap itu benar-benar sedang merakam muzik khusus untuk game tersebut, ia boleh memberi kita sedikit petunjuk tentang proses pembangunan semasa untuk game misteri ini. Semoga ia didedahkan lebih awal, dan bukannya dalam tahun-tahun akan dataang.
@gamersantaimy
Discussion about this post