Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Dota 2 SEA Server” ada edisi TI 11, lagu penuh kata kesat oleh gadis Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Fakta & Trivia, Tempatan
0 0
0
“Dota 2 SEA Server” ada edisi TI 11, lagu penuh kata kesat oleh gadis Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat mereka yang selalu Dota 2 di server, korang pun tahu bahawa komuniti kadangkala boleh menjadi sangat toksik. Tiada siapa boleh mengelak dan rasanya sudah ramai yang pernah kena maki kerana tidak “perform” dalam satu perlawanan. Memandangkan The International 11 sudah bermula, streamer Dota 2, xiinya, dari Jepun telah mencipta lagu “SEA Server” baru untuk kejohanan yang dibuat dengan kata-kata kesat dari negara-negara di seluruh Asia Tenggara (SEA). Bukan itu sahaja, lagu baru itu juga sedang viral!

Bagi mereka yang tidak tahu, ini adalah lagu kedua oleh xiinya dan merupakan remix kepada lagu pertama – khas bagi pemain Dota di Singapura dan kejohanan The International 11.

Untuk Dota 2 server SEA, pasti akan ada orang yang memaki hamun pemain lain kerana tidak puas hati dengan flow perlawanan. Malangnya, xiinya, adalah salah satu daripada manga makian itu. Tetapi daripada berfikiran negatif, dia mengubahnya menjadi sebuah lagu.

Bertajuk SEA SERVER, xiinya meluahkan pengalaman bermain di Dota 2 melalui lagu yang dipenuhi dengan kata-kata kesat. Yang kelakarnya, dia juga memasukkan kata-kata kesat daripada Malaysia seperti “so**i”, “anjing”, “mak kau hijau”, “puk***k”, “ci**”, “bang**t”, “ba**”, dan lain-lain. Berikut adalah lagu original:

Jadi daripada mana datang ilham membuat lagu ini? Menurut temu ramah bersama esports.gg, xiinya kata:

“Apabila saya belajar bahasa-bahasa ini buat kali pertama, saya hanya bergurau. Saya secara rawak melaungkan dalam stream – “So***, ci***, pu****k. Yay!” dan orang menyukainya. Chat [penonton] menyukainya. Dan apabila saya memuat naik klip nyanyian original di Facebook, seseorang memberi komen dan meminta saya membuat remix untuk lagu tersebut.”

“Saya mendengar perkataan itu semasa stream Dota, dan saya tidak tahu maksudnya. Jadi saya bertanya kepada chat apa yang mereka maksudkan dan mereka mengajar saya segala-galanya.”

Walaupun rupa lagu nampak negatif, reaksi dan maklum balas keseluruhan terhadap video muzik adalah sangat positif, di mana ramai penonton kata mereka dapat “berhubung dengan lirik” lagu dan menganggap ia sebagai lagu tema sebenar untuk Dota 2 di rantau SEA.

Apa pendapat korang pasal lagu baru xiinya? Ngam ke tak? Untuk membaca segala liputan kami tentang Dota 2, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Dota 2
Developer: Valve
Release Date: 2013-07-09
Microsoft Windows
Dota 2 adalah permainan multiplayer online battle arena yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Permainan ini adalah sekuel kepada Defence of the Ancients, yang merupakan mod buatan masyarakat untuk Warcraft III: Reign of Chaos dan expansion pack, The Frozen Throne, daripada Blizzard Entertainment.
Tags: Dota 2Dota 2 SEA ServerEsports
Previous Post

Team HAQ juara MPL Malaysia S10, bakal mewakili Malaysia ke M4 bersama Todak!

Next Post

Black Clover – Yami bunuh seluruh clan, plotline lebih kurang Uchiha Itachi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Black Clover – Yami bunuh seluruh clan, plotline lebih kurang Uchiha Itachi

Black Clover - Yami bunuh seluruh clan, plotline lebih kurang Uchiha Itachi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd