Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC King of Fighters XV Musim 2 kenalkan Shingo Yabuki, akan tiba Januari 2023!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 25, 2022
in Action, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Fighting, Game, Genre, Konsol, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC King of Fighters XV Musim 2 kenalkan Shingo Yabuki, akan tiba Januari 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

SNK telah mengumumkan bahawa The King Of Fighters XV Musim 2 akan bermula pada Januari 2023 dengan watak baru yang boleh dimainkan iaitu Shingo Yabuki. Ia juga telah disahkan bahawa watak DLC kedua untuk KOF XV, Kim Kapwhan, akan tiba pada musim bunga 2023. Kemas kini Musim 2 memperkenalkan penambahbaikan game, watak DLC tambahan dan ujian crossplay untuk pemain pada platform berbeza.

Anda boleh tonton video trailer DLC King of Fighters Musim 2 di bawah:

Shingo Yabuki ialah pahlawan Musim 2 pertama yang akan menyertai senarai watak yang boleh dimainkan dalam The King Of Fighters XV pada awal tahun 2023. SNK turut mengesahkan Musim 2 akan membawa masuk watak baru yang tiba dalam game ini pada waktu yang berbeza. Shingo Yabuki akan tiba bersama-sama penambahbaik untuk pahlawan sedia ada untuk meningkatkan pengalaman pemain.

Kim Kapwhan pula akan ditambahkan dalam game ini pada musim bunga 2023 dan ujian beta terbuka untuk crossplay antara PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC juga akan dilancarkan pada masa yang sama. Pemain di platform yang berbeza akan dapat berlawan antara satu sama lain di arena King of Fighters.

Sejak dilancarkan pada Februari 2022, King Of Fighters XV telah melalui pelbagai kemas kini dan sebanyak 13 watak DLC telah ditambah dalam game ini sepanjang Musim 1. Berikut adalah sedikit sebanyak tentang The King of Fighters XV:

Sejak debut pertama pada tahun 1994, siri game pertarungan KOF telah membawa dunia ke tahap keterujaan baru dengan watak-wataknya yang menarik dan sistem permainan yang unik. Enam tahun telah berlalu sejak tajuk terakhir dalam siri ini, dan kini King Of Fighters XV mengatasi semua pendahulunya dari segi grafik, sistem dan pengalaman dalam talian!

Ciri-ciri utama King of Fighters XV:

  • 39 Watak boleh dimainkan!
    • Watak klasik popular, wira dan penjahat yang dihidupkan semula daripada kematian, pencabar baharu dan banyak lagi! Perlawanan impian paling epik dalam sejarah KOF akan bermula!
  • Kisah KOF mencapai kemuncak!
    • Saga KOF terbaru diteruskan dari tajuk sebelumnya dalam Story Mode. Kali ini, ceritanya akan sampai ke kemuncak yang meletup!
  • Kemuncak sistem pertempuran!
    • Mewarisi pertempuran pasukan 3 lawan 3 tradisional siri ini, KOF XV turut menampilkan mekanik “SHATTER STRIKE” baharu yang menarik. Rasai aksi permainan pantas yang belum pernah terjadi sebelum ini!
  • Game online yang mudah dan serba boleh!
    • KOF XV menampilkan pelbagai pilihan pertempuran yang membolehkan anda memilih cara anda mahu bermain!
  • KOF XV penuh dengan content untuk dinikmati!
    • Termasuk Galeri dengan filem dan sampel suara, dan DJ STATION baru dengan lebih 300 lagu popular daripada siri KOF dan banyak lagi.

Sekali lagi saya ingatkan kepada anda bahawa DLC The King of Fighters XV Musim 2 akan dikeluar pada Januari 23 dan menampil watak baru iaitu Shingo Yabuki yang membuat debut pertamanya dalam siri ini pada tahun 1997. Kim Kapwhan pula akan tiba pada musim bunga 2023 bersama ujian beta terbuka untuk crossplay di seluruh platform.

The King of Fighters tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

The King of Fighters XV
Publisher: SNK
Developer: SNK
Release Date TBC
The King of Fighters XV adalah ansuran ke-15 dalam siri The King of Fighters. Ia diumumkan secara rasmi semasa EVO 2019 dan pada mulanya dijadualkan untuk keluar pada tahun 2020. Namun, tarikh ini telah ditunda untuk pelancaran pada 2021, kerana pandemik COVID-19.
Tags: King of Fighters XVKOF XVSNK
Previous Post

Tiket Fan Screening Filem SAO: Progressive – Scherzo of Deep Night Dijual Sekarang di GSC!

Next Post

Novel Ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation tamat dengan jilid ke-26!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Novel Ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation tamat dengan jilid ke-26!

Novel Ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation tamat dengan jilid ke-26!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd