Bersedia untuk belayar ke tamadun baharu dengan DLC Humankind: Cultures of Oceania, yang tersedia sekarang untuk pre-order di Steam dan Epic Games Store!
Cultures of Oceania akan dikeluarkan pada 11 September, bersama update percuma, “Bonny Patch”, yang tumpu pada menambah baik gameplay di atas kapal, perdagangan dan pengurusan sumber. Sebagai bonus tambahan, SEGA juga menambahkan “culture” percuma istimewa – Caribbean Pirates — tersedia untuk semua pemilik game.
Bagi mereka yang tidak tahu, Humandkind ialah game strategi sejarah turn-based giliran di mana pemain menggabungkan budaya daripada pelbagai era berbeza untuk mencipta tamadun yang unik. Oceania dan update Bonny akan meningkatkan jumlah culture di dalam game kepada 86, jadi itu bermaksud ada berjuta-juta cara untuk menyesuaikan gameplay anda.
6 Culture baru
- Era 1 – Pama-Nyungan (Aesthete) – Bahasa Pama-Nyungan dituturkan oleh golongan yang tersebar di kebanyakan wilayah Australia dari era pertengahan Holosen dan seterusnya. Pama-Nyungan bukan sahaja membawa bahasa dan organisasi sosial mereka, tetapi juga budaya baru dan amalan artistik ketika mengasaskan tamadun baru.
- Era 2 – Polynesia (Expansionist) – Semasa abad terakhir BCE , segi tiga yang dibentuk oleh pulau Tonga, Samoa, dan Uvea adalah tempat kelahiran budaya Polinesia. Di lautan yang luas ini, orang Polinesia membangunkan teknik navigasi yang inovatif—di mana mereka berangkat untuk menakluki Pasifik.
- Era 3 – Rapa Nui (Builder) – Rapa Nui menjajah Pulau Easter sekitar tahun 1100-an. Di wilayah terpencil, mereka berjaya mengatasi keadaan sukar untuk terus hidup, dengan menggunakan sumber mineral tanah, dan menghiasi rantau dengan patung-patung monumental dan struktur upacara
- Era 4 – Māori (Militarist) – Populasi Māori kebanyakannya menetap di Te Ika-a-Māui, Pulau Utara. Di sini, mereka membina masyarakat yang berkembang maju dan kompleks, yang tersusun menjadi puak dan keluarga besar, di mana ikatan perpaduan dikekalkan melalui konflik dan peperangan.
- Era 5 – Hawaii (Agrarian) – Bermula pada akhir 1700-an, masyarakat Hawaii memasuki tempoh perubahan yang mendalam. Penyatuan politik dan peningkatan hubungan dengan budaya asing mengubah mereka kepada sistem yang sangat berstrata, tetapi orang Hawaii terus menjaga sumber di atas tanah dan laut.
- Era 6 – New Zealand (Saintis) – Pada tahun 1940-an dan 1950-an, New Zealand menjauhi diri daripada kerangka empayar British. Sepanjang dekad berikutnya, pemimpinnya meluaskan model sosial yang diwarisi daripada kerajaan Seddon dan Savage, sambil melabur dalam teknologi untuk memastikan tenaga negara.
6 Wonder baru
- Lagun Aitutaki
- Banjaran Bungle Bungle
- Gunung Berapi Whakaari
- Istana Diraja Papeʻete
- Balai Cerap Mauna Kea
Pada masa yang sama, DLC baru Humankind ditambah dengan; 7 orang “independent”, 15 acara naratif baharu, dan muzik bertema baharu yang digubah oleh Arnaud Roy.
Humankind kini boleh didapati di Xbox Gamepass, Xbox Series X/S, Xbox One, PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post