Diumumkan pada Februari tahun lalu, Elden Ring bakal mendapat DLC pertama yang bertajuk “Shadow of the Erdtree”. Pengumuman tersebut sejajar dengan ulang tahun pertama game tetapi sehingga sekarang tiada khabar berita mengenainya. Walaupun begitu ada banyak khabar angin mengatakan bahawa DLC tersebut bakal dilancarkan Februari ini.
Khabar angin itu dikukuhkan lagi dengan kemas kini misteri pada game tersebut melalui SteamDB. Nampaknya ada satu aplikasi yang telah ditambah pada bahagian DLC Elden Ring. Sudah pasti ramai peminat menjadi teruja dan membuat spekulasi bahawa lebih banyak berita mengenai DLC tersebut akan didedahkan nanti menjelang ulang tahun kedua game. Nampaknya kita perlu bersabar lagi dan nantikan kejutan daripada From Software nanti.
Tentang Elden Ring
Dinobatkan sebagai Game of The Year 2022 semasa The Game Awards, Elden Ring merupakan salah satu game souls yang mendapat sambutan hebat daripada ramai gamer. Ia telah dilancarkan pada 25 Februari 2022 pada PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC. Bukan setakat itu sahaja, ia juga salah satu game yang paling banyak terjual pada tahun itu.
Bercerita tentang DLC game, producer game, Yasuhiro Kitao telah memberitahu bahawa pembangunan game sedang berjalan dengan lancar tetapi dia juga memaklumkan bahawa ia juga mengambil masa untuk siap. Jadi ada kemungkinan besar juga peminat perlu menunggu lebih lama untuk pelancarannya nanti.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kalau anda ingin membaca segala liputan mengenai Elden Ring daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post