Selepas melihat kehebatan trio di Final Fantasy XV, Square Enix kini ingin kita cipta trio tersendiri untuk Dissidia Final Fantasy NT. Mereka umumkan bahawa game ini yang bergenre 3v3 crossover brawler dan direka oleh developers Dead Or Alive, Team Ninja akan dilancarkan untuk PC dan PS4 sebagai free-to-play edition pada March 12, 2019 (EU) dan 13 March, 2019 (Malaysia).
#Dissidia #FinalFantasy NT Free Edition is coming to both #Steam & #PS4 on March 12th!
Try out the game free of charge, and play against those playing the full game with a weekly rotation of characters! pic.twitter.com/tuxlOL0RYC
— FINAL FANTASY (@FinalFantasy) February 28, 2019
Square Enix nyatakan Dissidia Final Fantasy NT akan mempunyai barisan karakter percuma yang bergilir-gilir untuk semua guna. Pemain yang menggunakan free version dapat bermain secara online bersama pemain yang membeli full version. Yang memiliki free version akan mempunyai empat watak untuk dipilih yang akan bertukar pada setiap minggu.
Game ini telah menambah watak DLC seperti Snow Villiers daripada Final Fantasy XIII, Yuna daripada Final Fantasy X, VAyne daripada Final Fantasy XII, Locke daripada Final Fantasy VI, RInoa Heartilly daripada Final Fantasy VIII, dan Kam’lanaut daripada Final Fantasy XI.
Pada masa yang sama, pemain boleh bayar untuk unlock karakter dan senjata secara kekal. Persoalan utama dengan free-to-play game ialah beberapa banyak jumlah yang harus kita labur untuk dapat apa yang kita inginkan- tidak kisah dalam bentuk duit mikro-transaksi atau masa bagi grinding.
Anda boleh lihat trailer di atas untuk maklumat lebih tentang game ini. Square Enix telah mengumpul pelbagai karakter daripada dunia game Final Fantasy untuk matlamat bertarung sesama sendiri tapi bagi pendapat saya ialah dengan cara building dan memahami dream lineup kami sendiri lah kita boleh memahami game ini. Trio idaman saya ialah Noctic, Kefka dan Sephiroth. Anda bagaimana ?
@gamersantaimy
Discussion about this post