Hari ini, Disney dan Kabam mengumumkan bahawa game mobile Disney Mirrorverse akan dikeluarkan secara rasmi pada 23 Jun 2022 di App Store dan Google Play. Dilabel sebagai game ‘action RPG’ aksi baharu dengan visual grafik yang cantik, Disney Mirrorverse berlangsung dalam dunia serba baru di mana pemain harus mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada watak Disney dan Pixar untuk bertarung kuasa jahat.
Bagi mereka yang berminat, korang boleh daftarkan diri di laman web rasmi.
Dahulu kala, dua bintang bertembung lalu mencipta alam semesta baru yang penuh dengan kuasa cahaya dan gelap. Dalam Mirrorverse, Stellar Magic telah mengembangkan dunia itu, yang kini diancam oleh segerombolan musuh bernama ‘Fractured’. Tugas kita adalah untuk menyatukan pasukan ‘Guardian’ untuk mengalahkan ‘Fractured’ bersama-sama melalui naratif epik sebelum mereka menghancurkan Mirrorverse.
Pilih antara Sulley, Baymax. Mr. Incredible, Maleficent, Jafar dan ramai lagi untuk mencipta pasukan impian sendiri dan jangan takut untuk bereksperimen kerana setiap watak direka supaya saling melengkapi komposisi pasukan bagi memaksimumkan potensi pertempuran. Dengan memahirkan komposisi, ini membolehkan kita mara melalui setiap level dan maju ke peringkat tertinggi.
Pertarungan berlaku secara real-time di mana tugas kita adalah untuk mengawal setiap tindakan dan aksi yang berlaku di medan pertempuran termasuk mekanik gameplay, strategi pasukan dan lain-lain. Jika watak kita tidak cukup kuat untuk menghadapi cabaran semasa, ubahsuai dan kuatkan abiliti mereka melalui sistem ‘character progression’, atau cari kombinasi yang sesuai untuk mendapatkan kemenangan.
Bagi content, Mirrorverse mempunyai jalan cerita original yang boleh dimainkan melalui mode ‘Story Quest’ untuk pemain memahami apa yang benar-benar berlaku kepada dunia tersebut. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mencari barangan-barangan istimewa di ‘Event Quest’ dan mode ‘Dungeon’ berbahaya. Tugas menyelamatkan dunia agak sukar kalau seorang, jadi bina Alliance bersama rakan dan bersaing dengan pemain-pemain lain dari seluruh dunia untuk memperoleh ganjaran-ganjaran hebat.
Disney Mirrorverse akan sentiasa mengemas kini dengan watak Disney dan Pixar baru, jalan cerita tambahan, acara-acara menarik dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang Disney Mirrorverse, korang boleh layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post