Pada 11 Mei 2020, dua game Doctor Who baru diumumkan dalam posting di laman rasmi Maze Theory. Kedua-dua game tersebut adalah sebahagian daripada trilogi yang termasuk permainan VR Doctor Who: The Edge of Time, yang dilancarkan pada akhir tahun lepas di Steam dan PSVR. Salah satu game akan dilancarkan untuk konsol dan PC, manakala yang lain digambarkan sebagai “horror/sci-fi mobile phone takeover game” yang dibuat dengan kerjasama pemaju terkenal, Kaigan Games daripada Malaysia.
Ya, itulah Kaigan Games yang menghasilkan siri popular SIMULACRA dan Sara is Missing. Diasaskan oleh Shahrizar Roslan, studio ini adalah pakar dalam game seram di telefon pintar, dan Kaigan Games adalah pilihan paling tepat untuk membangunkan permainan mudah alih Doctor Who.
Rumusan rasmi:
“Peminat dapat mengharapkan pengembaraan baru, mekanik permainan baru, subplot menarik dan ciri-ciri ikonik seperti TARDIS, Weeping Angels yang menakutkan, Daleks yang mengganas dan tentu saja, peluang untuk bekerjasama dengan Doktor Who.”
Saya pasti ramai peminat akan terkejut untuk mendengar bahawa kedua-dua game ini dijadualkan untuk dilancarkan pada awal tahun depan. Tidak lama lagi! Kita pun dah nak sampai pertengahan tahun. Jika anda tidak pernah bermain game daripada Kaigan sebelum ini, saya menasihati anda untuk cuba secepat mungkin. SIMULACRA yang pertama boleh menjadi titik permulaan untuk anda cuba sebuah permainan video hasil Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post