Update terbaru Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite telah menimbulkan beberapa kebimbangan privasi di kalangan pengguna Nintendo. Lebih khusus lagi, kemas kini 11.0 telah mengaktifkan perkongsian data melalui Google Analytics. Perkara ini juga berlaku sebulan yang lepas, dan melainkan jika anda mematikannya secara manual, pengguna akan sentiasa berkongsi data melalui Google Analytics.
Pada saat penulisan, ia masih tidak jelas mengapa Nintendo sekali lagi mengaktifkan perkongsian data untuk setiap pengguna, tetapi jika anda tidak mahu berkongsi data, sila kunjungi Nintendo eShop. Di sini, klik profil anda di kanan atas skrin, dan kemudian tatal ke bawah sehingga jumpa “Google Analytics Preferences“. Dari sini, anda boleh mengubahnya kepada “Don’t Share”
Anda perlu melakukan ini secara manual, walaupun kita telah mematikan pilihan pada masa lalu. Sudah tentu, ini bukan perkara yag mengejutkan daripada Nintendo untuk mengumpulkan data pengguna, tetapi dengan menghidupkan perkongsian data walaupun pengguna ingin ia dimatikan adalah sesuatu yang teruk, terutamanya lagi bila mereka tidak memberi amaran semasa proses.
Sekali lagi, Nintendo belum memberikan penjelasan mengapa kemas kini tersebut mengaktifkan pilihan perkongsian data, dan mungkin tidak akan diterangkan kerana kemas kini sebelumnya pun telah melakukan perkara yang sama dan tidak ada pernyataan atau penjelasan diberi.
Jika Nintendo pilih untuk menjelaskan atau memberi sebarang jenis komen mengenai isu ini, saya pasti akan mengemas kini artikel dengan maklumat yang disediakan. Untuk segala liputan lebih lanjut mengenai Nintendo Switch, – termasuk semua berita terkini, khabar angin terbaru, dan kebocoran terbaru – sila klik di sini.
Sumber – Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post