Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV – Warlock Ialah Kelas Kedua Untuk DLC Lord of Hatred, Info Lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2026
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV – Warlock Ialah Kelas Kedua Untuk DLC Lord of Hatred, Info Lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengumuman awal pada Disember lalu, Blizzard Entertainment akhirnya merungkai misteri berkaitan expansion Lord of Hatred. Dalam siaran langsung, pembangun secara rasmi menamakan Warlock sebagai kelas baharu kedua dalam Diablo IV, lokasi Skovos, dan memperkenalkan beberapa sistem yang bakal mengubah gameplay.

Kenali Warlock

Walaupun Paladin telah mendominasi medan lawan sejak Disember, identiti kelas kedua expansion ini kekal sebagai rahsia… sehinggalah sekarang. Blizzard hari ini mendedahkan Warlock, namun ini bukanlah ahli sihir yang biasa kita lihat. Versi Warlock untuk Diablo IV digambarkan sebagai “heavy-metal”.

Peminat tidak perlu menunggu lama untuk melihat kelas ini beraksi kerana satu Live Developer Update dijadualkan pada 6 Mac jam 3:00 pagi MYT di YouTube dan Twitch, di mana pasukan pembangun akan mempamerkan keseluruhan gameplay Warlock.

Wilayah Baharu

Pengumuman hari ini turut memberi pandangan pertama terhadap Skovos, lokasi bagi expansion ini. Diinspirasikan oleh landskap Mediterranean, Skovos merupakan tanah nenek moyang manusia pertama dan bekas wilayah Lilith serta Inarius.

Kini diperintah oleh Amazon Queen dan The Oracle, wilayah ini menampilkan pesisir pantai gunung berapi, hutan yang dibadai ribut, dan runtuhan purba yang ditenggelami air.

Taruhan dalam jalan cerita juga semakin tinggi. Untuk menghalang Mephisto daripada menguasai Sanctuary, pemain terpaksa membentuk “pakatan berbahaya” dengan musuh lama: Lilith.

Walaupun dia telah tumpas dalam base game, ramalannya telah menjadi kenyataan, dan pemain kini perlu bekerjasama dengannya untuk menghentikan bapanya sebelum dia mengubah dunia.

Gameplay: Horadric Cube dan Pengenalan Fishing

Blizzard menggunakan expansion ini untuk merombak sepenuhnya pengalaman Diablo IV. Info baharu yang dikeluarkan hari ini termasuk:

  • The Horadric Cube & Talisman: Horadric Cube kembali untuk sistem crafting yang dikemas kini, manakala slot “Talisman” baharu akan membolehkan pemain mengaktifkan bonus set yang kuat.
  • War Plans & Echoing Hatred: Sistem “War Plans” baharu membolehkan pemain menyesuaikan laluan endgame mereka sendiri. Bagi mereka yang mencari cabaran, “Echoing Hatred” adalah mod gauntlet baharu di mana pemain berdepan gelombang raksasa yang semakin sukar untuk menguji had build masing-masing.
  • QoL: Loot Filter akhirnya ditambah, bersama dengan peningkatan level cap dan rombakan Skill Tree untuk kesemua lapan kelas.
  • Fishing: Sebagai kejutan dalam francais, pemain yang ingin berehat sebentar daripada membunuh raksasa kini boleh menuju ke perairan Sanctuary untuk mencuba sistem Fishing.

Peringatan! Paladin dan Info Pelancaran

Bagi mereka yang mungkin terlepas pengumuman Disember 2025, atau pemain baharu yang menyertai hari ini, berikut adalah ringkasan perkara yang telah kita tahu:

  • Paladin Boleh Dimainkan Sekarang: Tidak seperti Warlock, kelas Paladin sudah pun tersedia bagi sesiapa yang membuat pra-tempahan expansion ini. “Holy warrior” ini menggunakan shield, aura, dan “Blessed Hammer” untuk bertarung. Ia menampilkan “Oath System” (Juggernaut, Zealot, Judicator, atau Disciple) yang membolehkan pemain memilih pengkhususan dalam pertahanan, kelajuan melee, atau sihir suci.
  • Tarikh Pelancaran: Diablo IV: Lord of Hatred akan dilancarkan secara rasmi pada 28 April 2026.

Expansion ini tersedia untuk pra-tempah di PC (Battle.net dan Steam), PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta konsol generasi dahulu.

Tags: Diablo IVDLC
ShareTweetSend
Previous Post

Filem ‘Helldivers’ Lakonan Jason Momoa Bakal Tayang November 2027!

Next Post

Diablo II: Resurrected Hadir Ke Steam Bersama Expansion ‘Reign of the Warlock!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Diablo II: Resurrected Hadir Ke Steam Bersama Expansion ‘Reign of the Warlock!’

Diablo II: Resurrected Hadir Ke Steam Bersama Expansion ‘Reign of the Warlock!’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd