Dalam content update terakhir Diablo Immortal, pemain menerima ganjaran daripada Harvest Bounty Holiday Event, meneroka perubahan yang dibuat pada Class dan mengkaji ciri-ciri baru tentang Legendary Gem. Di sini, Blizzard Entertainment telah mengumumkan content terbaru yang akan datang ke Diablo Immortal, bersama Season 20 Unholy Passengers Battle Pass dan beberapa event masa terhad baru dan lama yang membuat kemunculan semula.
Berikut adalah isi kandungan:
Season 20 Battle Pass: Unholy Passengers
Diablo Immortal Season 20 Battle Pass muncul di Sanctuary pada 22 November. Battle Pass ini mempunyai 40 peringkat cabaran dan ganjaran, seperti Crest, Hilt dan banyak lagi. Ganjaran Rank baru tersedia dalam Empowered Battle Pass, dan Cosmetic berlainan boleh diperolehi daripada Battle Archive Shop untuk pemilik Collector’s Empowered Battle Pass.
Event Rahsia Baru
Pemain yang melebihi Level 30 boleh mengambil bahagian dalam event rahsia inni yang memberi sekilas pandang kepada update utama yang seterusnya. Semasa acara itu, pemain akan menerima bonus 100% kepada XP yang diperoleh daripada level Battle Pass. Ganjaran akan tersedia pada Hari #2, #4 dan #8 acara. Tuntut dengan log masuk dan menyelesaikan tugas harian untuk memperoleh ganjaran ini.
Anda merenung jauh, melalui jerebu dan belerang yang mengelilingi laluan yang terbentang di hadapan anda, seorang pengembara yang keseorangan dan pendampingnya melangkah ke arah anda.
Event Yang Kembali
Shady Stock
Yakin sekali lagi memiliki beberapa barangan unik, yang mungkin dipetik dari penggalian jauh. Shady Stock akan tersedia untuk diteliti sehingga pengawal Westmarch menyerbu bekalannya. Untuk maklumat lanjut tentang Shady Stock, sila lihat artikel INI.
Fractured Plane
Di tempat seperti Sanctuary, mereka yang mempunyai ketabahan mental yang terhebat pun boleh mendapati diri tersesat oleh kegelapan tidak henti-henti yang disebarkan oleh Burning Hells. Terperangkap dalam lubuk fikiran yang paling dalam, memasuki Fractured Plane adalah satu-satunya jalan ke hadapan. Untuk maklumat lanjut tentang event Fractured Plane, sila baca artikel INI.
Alley of Blood
Dua pihak yang saling berperang mengancam untuk membahayakan kawasan suci, lalu menandakan konflik baru antara Shadows dan Immortals. Runtuhkan Sentry Tower musuh dan bongkar pangkalan operasi mereka dengan menghancurkan Crystal Heart. Tambah watak anda dengan Specialist Skill untuk kelebihan taktikal, dan jaga serta tingkatkan Champion’s Marks untuk mendapatkan kemenangan.
Trial of the Hordes
Muncul sebagai pemenang daripada Trial of the Hordes adalah tanda sebenar seorang juara. Berlawan dengan pemain lain sambil memperoleh ganjaran dan mendaki semakin tinggi melalui peringkat event. Setiap pemain mempunyai lorong di mana kumpulan syaitan akan membanjiri datang; dan matlamat anda adalah untuk memusnahkan syaitan dari Hell. Untuk maklumat lanjut tentang event ini, lawati artikel INI.
Into the Dark Wood
Orang yang tertindas memandang tinggi kepada anda, dan untuk terus berkhidmat kepada mereka, anda mesti pergi ke tempat yang tidak diketahui, iaitu Into the Dark Wood. Blizzard telah melaraskan tempoh acara kepada 7 hari untuk membantu pemain menjejaki masa dengan lebih mudah, di samping memastikan pemain dapat mencuba semua jenis misi yang disediakan.
Menyelesaikan tugasan Into the Dark Wood setiap hari akan membuka pelbagai ganjaran penting, seperti:
- Selesaikan 3 tugasan: 1 Legendary Item rawak
- Selesaikan 5 tugasan: 3 Rare Crest
- Selesaikan 7 tugasan: 1 Telluric Pearl
- Selesaikan 8 tugasan: 1 Legendary Crest
All Clans on Deck
Tentera Burning Hells sedang mengumpulkan pasukan mereka untuk rancangan rahsia, yang pastinya penuh niat jahat. Anda mesti mengumpulkan Clan untuk mendapatkan bantuan demi menewaskan arus kegelapan. Untuk maklumat lanjut tentang acara ini dan ganjarannya, lawati artikel INI.
Dapatkan segala berita kami tentang Diablo Immortal di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post