Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal: Roadmap untuk pelancaran game pada 8 Julai di Malaysia! Siap sedia semua!

Maira by Maira
July 4, 2022 - Updated on July 8, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Diablo Immortal: Roadmap untuk pelancaran game pada 8 Julai di Malaysia! Siap sedia semua!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo Immortal akhirnya tiba juga ke Malaysia pada 8 Julai nanti. Ingin tahu serba sedikit mengenai pelancarannya nanti. Jom kami ceritakan kepada anda!

Skarn, Lord of Damnation telah mengumpulakn pasukannya untuk menjemput ketibaan anda yang hampir ke Sanctuary. Hanya dalam beberapa hari sahaja lagi, anda akan menjelajahi banyak tempat Sanctuary untuk mencari serpihan dari Worldstone yang hancur. Hanya selepas itu, anda akan mendapat peluang untuk menggagalkan rancangan jahat Skarn.

Sebelum itu, anda perlu memilih “role” tersendiri tidak kiralah sebagai Barbarian, Crusader, Demon Hunter, Monk, Necromancer atau Wizard sebelum memulakan pengembaraan di Diablo Immortal. Berikut adalah roadmap untuk pelancaran Diablo Immortal ke seluruh Asia Tenggara.

Pelancaran rasmi di Asia Tenggara

Sama seperti versi global, Blizzard Entertainment akan melancarkan Diablo Immortal pada 8 Julai pada jam 9 pagi di iOS, Android dan PC sebagai Beta Terbuka di Hong Kong, Indonesia, Macao, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Ia juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama di Vietnam tetapi hanya PC sahaja.

Anda sudah boleh pre-load Diablo Immortal di PC melalui Battle.net sekarang!

Cara untuk hidupkan ciri cross-progression

Akaun Battle.net diperlukan untuk bermain Diablo Immortal pada PC dan peranti mobile. Pemain juga boleh bermain sebagai “guest”* pada mobile dan kemudian log masuk atau membuat akaun Battle.net untuk bawa progress ke PC.
* Akaun guest hanya boleh diakses melalui peranti di mana akaun tersebut dihasilkan, kecuali backup melalui cloud dihidupkan.

Sokongan pelanggan dan Komuniti

Jika anda terjumpa masalah semasa bermain pada hari pelancaran, boleh hubungi Blizzard melalui forum, Facebook dan Instagram.

Sepanjang ujian beta terbuka ini berlangsung di PC, Blizzard akan terus mengumpulkan maklum balas pemain dan membuat penambahbaikan pada Diablo Immortal sehingga pemain dapat bermain dengan lancar. Untuk mendapatkan maklumat lain mengenai game, anda boleh singgah ke laman web rasmi game. Anda juga boleh merujuk artikel lama kami mengenai Diablo Immortal melalui pautan ini.

Tags: Blizzard Entertainmentdiablo immortal
Previous Post

Musim finale Bleach menampilkan perang antara Shinigami & Quincy, akan keluar Oktober 2022

Next Post

[Khabar angin] Bungie bangunkan Destiny versi mobile bersama NetEase Game

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Khabar angin] Bungie bangunkan Destiny versi mobile bersama NetEase Game

[Khabar angin] Bungie bangunkan Destiny versi mobile bersama NetEase Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd