Blizzard Entertainment secara rasmi telah mendedahkan Slayer’s Reign, sebuah acara crossover besar-besaran buat masa terhad yang membawakan keganasan dunia DOOM: The Dark Ages ke dalam Diablo Immortal.
Bermula 17 April 2026 hingga 12 Mei, pemain bakal menyaksikan perubahan drastik pada landskap Sanctuary.
Slayer’s Bane

Tarikan utama kolaborasi ini adalah pembaharuan terhadap mod Survivor’s Bane, yang dinamakan semula sebagai Slayer’s Bane. Dalam mod ini, mekanik survival yang biasanya agak perlahan dalam Diablo Immortal telah digantikan dengan combat pantas dan berintensiti tinggi seperti dalam francais DOOM.
Pemain akan dilengkapi dengan pelbagai senjata daripada arkib Doom Slayer, di mana senjata ikonik seperti Shield Saw, Dreadmace, dan Super Shotgun telah dihasilkan semula untuk perspektif gameplay top-down.
Matlamatnya cukup ringkas: kekal agresif. Mod ini memberikan ganjaran kepada pemain yang berani terjun ke tengah-tengah pertarungan, menggunakan crowd control dan serangan bertubi-tubi untuk melumatkan gelombang musuh yang datang.
Musuh Ikonik Menceroboh Sanctuary

Barisan musuh tradisi di Sanctuary kini mendapat bantuan daripada planet Marikh dan dimensi lain. Makhluk Imps akan mula berkeliaran di medan perang, namun cabaran sebenar bagi setiap pemain adalah Cyberdemon.
Raksasa mekanikal gergasi ini merupakan bos utama dalam acara ini, yang telah direka semula untuk menyesuaikan diri dengan estetika Diablo tanpa meninggalkan serangan roket dan laser asalnya yang sangat berbahaya.
Lengkapkan Diri Seperti Sang Slayer

Bagi pemain yang ingin menguatkan watak mereka, acara ini memperkenalkan The Crucible; sebuah Legendary Gem baharu yang diinspirasikan daripada pedang legenda Doom Slayer. Gem ini memfokuskan kepada kekuatan mutlak, memberikan damage bonus yang boleh bertindan serta efek serangan penamat yang dahsyat.

Dari sudut kosmetik pula, pemain berpeluang memiliki koleksi eksklusif seperti:
- Praetor Armor: Sut perisai hijau milik Slayer, yang telah diubah suai mengikut kesesuaian setiap kelas dalam Diablo.
- Argent Energy Skins: Kosmetik senjata yang bercahaya dengan tenaga biru dan merah ikonik dari semesta DOOM.
- Cacodemon Familiar: Iblis terbang bermata satu yang kini hadir sebagai teman setia pemain, walaupun rupa parasnya masih menyeramkan.
- Serrat Mount: Mount baharu untuk mengembara dan menjelajahi peta.









Discussion about this post