Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal ditangguhkan ke 8 Julai untuk keluaran Asia Tenggara termasuk Malaysia!

safwan by safwan
June 20, 2022
in Android, Artikel, Battle.net, Berita, Game Baru, iOS, Mobile, Mobile Game, RPG
0 0
0
Diablo Immortal ditangguhkan ke 8 Julai untuk  keluaran Asia Tenggara termasuk Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard mengumumkan Diablo Immortal akan ditangguhkan pada 8 Julai untuk keluaran Asia Tenggara termasuk negara tercinta kita, Malaysia. Pada awalnya, Diablo Immortal dijadualkan akan keluar pada 22 Jun ini. Jika nak diikutkan, tinggal 2 hari sahaja lagi untuk semua pemain di Asia Tenggara dapat bermain game ini.

Ini bukan kali pertama game ini ditangguhkan. Sebelum ini, mereka merancang untuk melancarkan game ini pada tahun 2021 tetapi ditangguhkan ke tahun 2022 atas sebab tertentu.

Apa yang peliknya adalah Diablo Immortal telah dilancarkan pada 2 Jun lalu di seluruh dunia kecuali negara-negara di Asia Tenggara. Penangguhan kali ini, mereka ingin mengoptimumkan game tersebut supaya pemain akan mendapat pengalaman yang lebih baik semasa bermain. Berikut adalah ciri-ciri yang sedang ditambah baik:

  • Pengoptimuman pakej – Mengubah semula aset supaya UI yang berkaitan akan di isi dengan betul untuk meningkatkan pengalaman pengguna semasa bermain.
  • Pengoptimuman prestasi peranti Android – Disebabkan peranti Android di Asia yang pelbagai, mereka terpaksa menjalankan ujian keserasian tambahan untuk mengoptimumkan game tersebut.
  • Penambahbaikkan versi PC – Mereka membetulkan pada isu potion, skill lockout, auto-navigasi, serangan utama Demon Hunter dan banyak lagi.
  • Pengoptimuman prestasi dan rangkaian – Penambahbaikan kepada teknologi pencahayaan, pembetulan bug dan banyak lagi.

Berikutan dengan penangguhan ini, semua pemain yang terkesan dengan penangguhan ini akan menerima sekeping Legendary Gear, 100 Scrap Material dan 10 Enchanted Dust. Anda boleh dapatkan ganjaran ini di dalam game melalui inbox.

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa Diablo immortal ditangguhkan kepada 8 Julai 2022 di Malaysia. Jika berminat untuk mendapatkan game ini, anda boleh pre-register terlebih dahulu di Play Store dan App Store. Malah Diablo immortal turut dilancarkan di platform PC melalui Battle.net.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Tags: diablo immortal
Previous Post

[Review] MSI Stealth GS66 12UGS- Luar nampak biasa tapi dalam memang padu!

Next Post

Steam Summer Sale 2022 kembali pada 24 Jun ini! God of War, Ghostwire: Tokyo juga ada diskaun!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Steam Summer Sale 2022 kembali pada 24 Jun ini! God of War, Ghostwire: Tokyo juga ada diskaun!

Steam Summer Sale 2022 kembali pada 24 Jun ini! God of War, Ghostwire: Tokyo juga ada diskaun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd