Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Destroy all Humans 2 dan game terbaru SpongeBob telah diumumkan di Showcase THQ Nordic

Maira by Maira
September 20, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Destroy all Humans 2 dan game terbaru SpongeBob telah diumumkan di Showcase THQ Nordic
Share on FacebookShare on Twitter

Destroy All Humans 2 dan beberapa sekuel permainan klasik telah diumumkan semasa Showcase Ulang Tahun ke-10 THQ Nordic. Pengumuman tersebut ternyata membuatkan ramai peminat permainan klasik sungguh gembira.

THQ Nordic secara diam-diam mengumpulkan hak untuk permainan yang disukai dan memupuk francais yang lebih baru sejak 2011, dan ia mempamerkan permainan baru dalam pameran digital pertamanya. Terdapat enam tajuk permainan baru untuk dinantikan, dan juga kemas kini mengenai dua permainan yang diumumkan sebelumnya. Jadi mari kita lihat tajuk-tajuk tersebut.

Destroy All Humans 2 – Reprobed

Destroy All Humans 2 – Reprobed merupakan langkah tepat untuk diumumkan selepas Destroy All Humans remake tahun lepas. Krypto kembali untuk membuat huru hara di seluruh stage yang telah dirombak sepenuhnya. Senjata juga direka semula untuk memberi pilihan yang lebih menarik ketika menimbulkan kekacauan dan kemusnahan bangunan yang lebih baik ketika memancarkan death ray melalui piring terbang anda. Destroy All Humans 2 – Reprobed akan datang ke PC, PS5, dan Xbox Series X pada tahun 2022.

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Ikuti SpongeBob dan Patrick dalam pengembaraan baru ke dunia baru yang pelik, dihuni oleh rakan mereka yang hilang dari Bikini Bottom dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan . Permainan ini masih dalam pembikinan di Purple Lamp Games, studio yang sama membangunkan Battle for Bikini Bottom Rehydrated, dan ia hadir di PC, PS4, Xbox One, dan Nintendo Switch.

RelatedPosts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Outcast 2: A New Beginning

Permainan klasik, open world kembali dengan sekuel lebih dari dua dekad setelah debutnya pada tahun 1999. Terokai wilayah baru di planet asing Adelpha dan bantu penduduk asalnya mengusir robot penyerang dalam pertempuran third-person yang menampilkan jetpack dan perisai holo.

Jagged Alliance 3

Ini bukan kali pertama siri taktik ini kembali sejak Jagged Alliance 2, yang membuatkan pemain ingin sesuatu lebih banyak dari permainan itu pada tahun 1999. Pemaju Tropico dan Surviving Mars, Haemimont Games memikul tugas ini untuk membawa kembali beberapa tentera upahan yang sudah dikenali bersama dengan beberapa watak baru ke wilayah yang penuh dengan peluang strategik. Jagged Alliance 3 akan keluar ke PC sahaja.

SuperPower 3

Permainan strategi geopolitik yang hebat dalam mengejar kedamaian dunia kini kembali dalam SuperPower 3, eksklusif ke PC. Permainan ini nampak seperti berbeza permainan sebelum ini. Jadi kita harus tunggu dan lihat bagaimana pemaju akan bangunkan permainan ini.

MX vs ATV Legends

Perlumbaan offroad datang ke konsol generasi baru dengan lebih banyak pilihan untuk pemain mengukir jalan mereka sendiri menuju kehebatan, termasuk mod Laluan baru yang “membuatkan anda menentang alam semula jadi “. Permainan ini akan lancar ke PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.

Elex 2

Treler terbaru untuk sekuel pengembaraan sains-fantasi, open world menunjukkan apa yang berlaku apabila anda mengabaikan gambaran besar untuk menumpukan perhatian pada perjuangan puak: anda akan mendapat makhluk asing besar yang lapar.

Expeditions: Rome

Lakukan ekspedisi anda yang paling mendalam di Expeditions: Rome, CRPG baru yang menjatuhkan anda dalam Rom. Manfaatkan kekuatan kecil terlatih anda dalam pertempuran turn-based ketika anda menuju ke peringkat teratas.

Kebanyakkan dari permainan yang diumumkan masih tidak mempunyai tarikh pelepasan rasmi. Jadi mari kita tunggu berita lebih lanjut mengenai permainan-permainan tersebut pada masa akan datang.

Sumber: Gamesradar

Tags: Destroy All Humans! 2Elex 2Expeditions: RomeJagged Alliance 3MX vs ATV LegendsOutcast 2SpongeBob SquarePants: The Cosmic ShakeSuperPower 3THQ Nordic
Previous Post

Good Smile Company disaman kerana menjual figura yang terlalu seksi & eksplisit!

Next Post

MDEC Lancar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF), Meraikan Acara Terbaik di Asia Tenggara dalam Industri Kandungan Kreatif Digital

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
MDEC Lancar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF), Meraikan Acara Terbaik di Asia Tenggara dalam Industri Kandungan Kreatif Digital

MDEC Lancar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF), Meraikan Acara Terbaik di Asia Tenggara dalam Industri Kandungan Kreatif Digital

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd