Musim ketiga Demon Slayer membawa kita bertemu semula dengan Love Hashira dan Mist Hashira. Episod terbaru anime juga telah membawa kita melihat aksi oleh Love Hashira, Mitsuri Kanroji. Jom kita kenali lebih lanjut mengenai Hashira riang ini!
Kenali Mitsuri Kanroji
Mitsuri Kanroji merupakan salah seorang Demon Slayer dan juga Hashira yang telah diperkenalkan pada awal siri. Dia mungkin kelihatan seperti seorang yang pemalu tetapi dia sentiasa baik kepada orang lain malah seorang yang periang.
Walaupun begitu, jangan tertipu dengan wajah manisnya. Jika anda melihat Mitsuri beraksi, anda mungkin lupa bahawa gadis ini merupakan seseorang yang pemalu. Dia tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap demon yang dilawannya.
Sebab dia sertai Demon Slayer Corps
Orang lain mungkin sertai Demon Slayer Corps untuk membunuh demon yang mengganggu kehidupan manusia tetapi berbeza pula dengan Mitsuri. Tujuan asal dia menjadi Demon Slayer adalah untuk mencari bakal suami yang lebih kuat daripadanya. Kalau anda ingin tahu, itulah benda yang paling susah untuk Mitsuri kerana kekuatan fizikalnya tersangat kuat jika nak dibandingkan dengan orang biasa.
Tetapi dia rasa menyesal sertai Demon Slayer Corps dengan alasannya itu. Dengan bantuan Shinobu Kocho dan Obanai Iguro, dia akhirnya dapat mengatasi perasaan tersebut.
Apa itu Love Breathing?
Ada sebab mengapa Mitsuri mendapat gelaran Love Hashira. Antara sebabnya datang daripada teknik pernafasannya — Love Breathing. Teknik pernafasan ini dikenali dengan kombinasi serangan yang menggunakan fleksibiliti, ketangkasan, ketangkasan dan kelajuan penggunanya.
Teknik ini juga unik kerana ia direka sendiri oleh Mitsuri Kanroji, di mana dia mengubah Flame Breathing yang diajar oleh Rengoku untuk sesuaikan dengan keperluannya.
Dengan ketumpatan otot badannya yang unik serta memberikan kekuatan hebat tanpa membuatkannya fizikalnya besar, Mitsuri boleh memberikan pukulan yang pantas, kuat sambil bergerak dengan fleksibiliti dan ketangkasan yang luar biasa.
Love Breathing juga memberikan kesan lebih baik dengan menggunakan katana seperti cambuk, tetapi katana biasa juga boleh digunakan. Sebab itulah katana yang digunakan Mitsuri berbeza dengan yang lain. Terdapat 5 teknik Love Breathing yang diperkenalkan iaitu:
- First Form: Shivers of First Love
- Second Form: Love Pangs
- Third Form: Catlove Shower
- Fifth Form: Swaying Love, Wildclaw
- Sixth Form: Cat-Legged Winds of Love
Kita telah melihat First Form Love Breathing dalam episod terbaru. Nantikan bentuk-bentuk lain yang akan ditunjukkan oleh Mitsuri dalam episod akan datang.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Kalau anda masih belum menonton musim ketiga Demon Slayer, boleh pergi ke Netflix, iQIYI dan Bilibili. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post