Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo percuma Brigandine: The Legend of Runersia keluar hari ini! Khas untuk pengguna Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Demo percuma Brigandine: The Legend of Runersia keluar hari ini! Khas untuk pengguna Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri klasik Brigandine akan kembali selepas 20 tahun dengan game strategy turn-based baru bernama Brigandine: The Legend of Runersia. Sempena pelancaran ini, Happinet mengeluarkan demo percuma untuk Brigandine: The Legend of Runersia di Switch melalui Nintendo eShop pada 30 April.

Demo The Brigandine: The Legend of Runersia menampilkan dua mod utama. Training Mode menawarkan tutorial untuk pemain tentang pergerakan pasukan, menyerang pangkalan musuh dan pertempuran, manakala Trial Mode membolehkan pemain mengambil peranan Brigandine of Justice, raja kepada Norzaleo Kingdom dalam mod Easy. Demo berakhir apabila askar pemain mencapai hingga 10 musim atau ketika 7 pangkalan telah dihuni oleh askar*. Walau bagaimanapun, demo dapat dimainkan semula untuk pemain mencuba strategi dan senario yang berbeza setiap kali. Sebarang kemajuan dalam demo permainan tidak boleh dipindahkan ke permainan rasmi ketika ia dilancarkan pada 25 Jun.

*Nota penting: Deskripsi Trial Mode selepas memilih “New Game” ditulis salah sebagai “alami versi percubaan permainan yang berlangsung selama tiga musim“. Huraian yang betul adalah “Permainan akan berakhir selepas 10 musim atau ketika anda menghuni 7 pangkalan“.

Sinopsis:

Dalam Brigandine: The Legend of Runersia, enam negara di benua Runersia sedang berperang sesama sendiri untuk menakluk dan menyatukan tanah di bawah satu kerajaan. Pemain akan memutuskan jalan cerita sendiri dengan memilih satu kerajaan dan membina pasukan Rune Knights unik, menjelajah lebih daripada 40 lokasi menarik dan menemui lebih dari 100 watak unik dan 50 jenis raksasa ketika mereka maju di dalam permainan.

Antara veteran terkenal yang terlibat dalam pembangunan ialah penulis senario, Kenji Terada (Batman: Dark Tomorrow, Final Fantasy I–III), pengarah seni dan pereka watak, Raita Kazama (Puzzle & Dragons, Xenoblade Chronicles), dan komposer Tenpei Sato (Brigandine: Grand Edition, Disgaea 1–5).

Brigandine: The Legend of Runersia akan dikeluarkan secara digital pada 25 Jun di seluruh dunia. Pra-pesanan untuk edisi fizikal akan dibuka pada 1 Mei. Di Jepun, edisi fizikal standard akan bernilai 7200 yen (anggaran RM293.70), manakala edisi terhad bernilai 11800 yen (anggaran RM481.34). Dengan kerjasama Limited Run Games, pre-order untuk edisi fizikal terhad akan tersedia mulai 1 Mei dan berakhir pada 7 Jun. Collector’s Edition mempunyai:

  • reversible 18” x 24” poster
  • CD soundtrack original
  • pin emblem Gustava

Harganya di Malaysia masih belum diumumkan tetapi jika ada apa-apa berita baru, saya akan terus laporkan.

Tags: Brigandine: The Legend of RunersiaDemonintendo switchPercumastrategy turn-based
Previous Post

Game Assassin’s Creed terbaru didedahkan melalui siaran langsung BossLogic!

Next Post

Assassin’s Creed Valhalla diumumkan secara rasmi! Tayangan trailer perdana pada malam ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Assassin’s Creed Valhalla diumumkan secara rasmi! Tayangan trailer perdana pada malam ini!

Assassin's Creed Valhalla diumumkan secara rasmi! Tayangan trailer perdana pada malam ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd