MediEvil, remake kepada permainan klasik hack-dan-slash di PlayStation 1998, akan dikeluarkan pada hujung bulan Oktober ini, tetapi bagi pemain yang tidak sabar-sabar akan mendapat peluang untuk mencuba demo game ini. Sony telah mengumumkan semasa State of Play bahawa demo yang dipanggil MediEvil Short-Lived akan tersedia di PlayStation Store hari ini.
Demo ini akan memberi pemain merasa sedikit pertempuran baru dalam permainan, yang mengandungi segala jenis senjata dari busur dan panah, hingga pedang dan kapak. MediEvil tidak akan lengkap dan lawak uniknya, jadi protagonis si mamat tengkorak Sir Daniel juga boleh cabut lengannya sendiri dan menggunakannya sebagai senjata juga kelihatan dalam demo juga.
Demo MediEvil juga mempunyai hadiah istimewa untuk pemain yang akan di-unlock dalam permainan rasmi: Dan’s Helmet. Dengan mengambil Dan’s Helmet pada awal demo, ia akan memberi menghadiahkan pemain dengan misi tambahan apabila di-equipped dalam permainan rasmi, jadi jangan terlepas! Demo tersebut hanya boleh dimainkan sehingga 6 Oktober, dan MediEvil akan dikeluarkan secara rasmi pada 25 Oktober. Moga kamu semua bersuka-ria!
Sumber – PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post