SEGA telah melepaskan trailer terbaru untuk game Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name. Dalam trailer tersebut, pelbagai maklumat tambahan yang ditunjukkan untuk cerita serta gameplay. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Kita telah didedahkan dengan sedikit sebanyak drama yang berlaku di Sotenbori, latar utama game. Setelah memalsukan kematiannya dan menyertai Daidoji faction, Kazuma Kiryu nampaknya dipaksa kembali untuk dunia gelap tersebut.
Selepas itu, kita melihat elemen gameplay, termasuklah perincian tentang Yakuza dan Agent style, arena terbesar Coliseum, Cabaret club yang telah ditingkatkan dengan model live-action sebenar serta minigame seperti Boutique, di mana anda boleh menyesuaikan fesyen anda tersendiri.
Bonus preorder
Kalau anda preorder game sekarang, anda boleh mendapat bonus khas iaitu, Legendary Fighter Pack yang membolehkan anda untuk bermain sebagai yakuza legenda Tojo Clan di Coliseum:
- Goro Majima – The Mad Dog of Shimano
- Daigo Dojima – 6th Chairman of the Tojo Clan
- Taiga Saejima – The Slayer of Eighteen
Like a Dragon: Infinite Wealth Demo
Sebagai tambahan, demo khas Like a Dragon: Infinite Wealth akan tersedia sebagai kandungan tambahan dalam Like a Dragon Gaiden.
Demo ini hanya boleh dimainkan selepas pemain menyelesaikan Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name. Dalam demo ini juga, terdapat adegan tambahan yang akan dipaparkan. Yang menariknya, adegan ini tidak akan tersedia dalam Like a Dragon: Infinite Wealth.
Sebagai peringatan, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post