Penantian permainan dari Hideo Kojima iaitu Death Stranding yang bakal hadir istimewa untuk platform PlayStation 4 nampaknya akan mengadakan jelajah dunia! Iya kami tidak tipu! Sebentar tadi, Hideo Kojima sendiri yang mengumumkanya!
DEATH STRANDING World Tour! Paris, London, Berlin, NY, SF, Tokyo, Osaka, Singapore, Taipei, and Seoul!
Let’s have everyone get connected together👍🌈🦀☔️🐟🐋🐬💀👶✋🤩 pic.twitter.com/tnCR4niqPs— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) October 9, 2019
Pada yang masih tidak tahu mengenai Death Stranding, ia adalah permainan tindakan yang dibangunkan oleh Kojima Productions dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4. Ia adalah permainan pertama dari pengarah Hideo Kojima dan Kojima Productions selepas pembubaran mereka dari Konami pada tahun 2015.
Didalam tweet yang dikongsikan di Twitter Hideo Kojima Productions mengumumkan ianya akan bermula 30 Oktober ini di Paris kemudian diikuti beberapa negara lain! Tidak banyak maklumat yang diterima, tetapi salah satu jelajah untuk “WORLD STRAND TOUR” ini adalah negara jiran kita sendiri iaitu SINGAPURA!
Death Stranding World Tour – starting from Paris on 30 Oct, it will head to London, Berlin, New York, San Francisco,…
Posted by PlayStation Asia on Wednesday, October 9, 2019
Jadi peminat di Malaysia apa lagi, keluar je maklumat yang sebenarnya dari Hideo Kojima, kita pergi Singapura beramai-ramai! Lokasi selebihnya untuk “WORLD STRAND TOUR” ini adalah Paris,London, Berlin, New York City, San Francisco, Tokyo, Osaka, Singapore, Taipei dan Seoul.
@gamersantaimy
Discussion about this post