Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Note mendapat siri live action terbaru, Dihasilkan boleh pencipta Stranger Things!

Maira by Maira
July 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Death Note mendapat siri live action terbaru, Dihasilkan boleh pencipta Stranger Things!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun siri live action terdahulu tidak mendapat sambutan daripada peminat, nampaknya Netflix masih lagi mahu menghasilkan siri Death Note yang terbaru. Projek terbaru ini disahkan oleh melalui akaun Twitter Netflix malah terdapat beberapa projek lain juga yang akan dihasilkan. Lebih menarik sekali, siri live action ini akan dihasilkan oleh Duffer Brothers, pencipta siri Stranger Things!

The Duffer Brothers have formed Upside Down Pictures, a new production company through which they will develop film and television projects as part of their overall deal with Netflix.

Here’s a sneak peek at a few of the projects that are currently IN DEVELOPMENT:

— Netflix (@netflix) July 6, 2022

Mengikut maklumat yang diberikan, siri Death Note terbaru ini tidak ada kena mengena dengan siri terdahulu. Senang cerita, ia merupakan entri terbaru Death Note untuk Netflix. Duffer Brothers telah membuka syarikat produksi terbaru bernama Upside Down Pictures. Syarikat terbaru tersebut akan melibatkan Duffer Brothers, produser Hilary Leavitt dan Netflix.

Siapakah pelakon yang akan sertai siri terbaru live action Death Note ini masih belum didedahkan. Mungkin ianya akan diumumkan kemudian setelah Stranger Things 5 selesai nanti. Apapun kita tunggu sahaja maklumat lanjut daripada Netflix dan Upside Down Pictures.

Untuk pengetahun anda, Death Note merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ohba dan Obata dan telah mendapat pelbagai adaptasi seperti anime, live action, novel dan banyak lagi. Berikut adalah sinopsis Death Note:

Light Yagami ialah pelajar sekolah menengah yang genius. Apabila Dewa Kematian, bernama Ryuk menjatuhkan notepad hitam yang dipanggil Death Note, Light menerima kuasa terhadap hidup dan mati dengan menggunakan pen sahaja. Bertekad untuk menggunakan hadiah gelap ini dengan baik, Light berusaha untuk menghapuskan kejahatan di dunia… iaitu, orang yang dipercayainya jahat. Akibat tindakan daripada Light, dunia kini menjadi huru-hara!

Agaknya siapalah yang akan menjadi Light Yagami baru nanti? Harap-harap live action baru ini tidak begitu mengecewakan seperti yang lama. Apa pula pendapat and mengenai berita ini? Rasa-rasa Duffer Brothers boleh bawa kehebatan Stranger Things ke siri Death Note ini? Boleh kongsikan pendapat di ruang komen.

Tags: Death NoteDuffer Brotherslive actionnetflix
Previous Post

Tom Clancy’s The Division Resurgence – Game RPG dari Ubisoft untuk Android & iOS!

Next Post

Forspoken ditunda sekali lagi ke bulan Januari 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Forspoken ditunda sekali lagi ke bulan Januari 2023!

Forspoken ditunda sekali lagi ke bulan Januari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd