Dead Frontier 2 akan dilancar tak lama lagi di Steam dengan PERCUMA! ye, game ni adalah free to play dan Dead Frontier 2 adalah sequel kepada game original iaitu Dead Frontier yang di keluarkan pada tahun 2008. Dan 10 tahun kemudian, yang kedua tu dah nak keluar tak lama lagi.
*Bawah ni adalah Trailer untuk Dead Frontier 2*
Dead Frontier 2 dibangunkan oleh Creaky Corpse Ltd, iaitu company yang sama ciptakan Dead Frontier pertama. Game ni yang di announce kali pertama kat blog diorang pada bulan 10 dan tahun 2017 untuk peminat Dead Frontier 2. Game ni pada mulanya memang nampak lain dari MMO zombie lain sebab persekitaran yang baru iaitu urban, dan map juga besar, dan ada juga side mission untuk bagi sesiapa nak buat duit ataupun naikkan experience, tapi game ni ada amik elemen L4D sebab banyak cara digunakan dalam L4D ada kat game ni..
Untuk pengetahuan korang, game ni ada skills dan perks untuk survivor tu sendiri dan player tu, tapi diingatkan yang game ni masih dalam early access lagi so, bugs tu memang ada la dan lagipun Dead Frontier 1 adalah game yang berjaya walaupun ramai yang kata game tu underated kerana pada tahun yang sama “Left 4 Dead” telah dilahirkan dan tamatkan MMO untuk Dead Frontier, tapi nombor 2 ni nampak graphic lagi cantik, tapi combat system agak biasa-biasa sahaja, tapi game ni masih dalam early access dan banyak boleh diperbaiki.
Bagi aku, aku memang mengalu-alukan kedatangan MMO Zombie baru sebab H1Z1 dan DayZ je yang famous tapi takde elemen survivor feel yang kuat ataupun horror dalam game, aku harap Dead Frontier 2 ni akan bawa kembali elemen-elemen MMO Zombie yang sepatutnya dan naikkan genre horror balik. Aku nak ingat game ni akan di keluarkan dalam beberapa jam je lagi ni (Dalam waktu penulisan), so baik pergi tekan link kat bawah ni dan download game ni cepat!
@gamersantaimy
Discussion about this post