Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[DCFD 2021] Treler pertama untuk filem DC Black Adam didedahkan oleh The Rock!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
[DCFD 2021] Treler pertama untuk filem DC Black Adam didedahkan oleh The Rock!
0
SHARES
250
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat yang dah lama menunggu, treler untuk filem DC Black Adam akhirnya didedahkan hari ini di DC FanDome 2021. Dwayne “The Rock” Johnson pada awalnya ditetapkan untuk berlakon sebagai Black Adam dalam filem Shazam, tetapi pada awal proses pembangunan, mereka membuat keputusan bahawa watak itu akan mempunyai filem penuh sendiri terlebih dahulu. Selepas Zachary Levi dan Asher Angel memulakan debut mereka di Shazam! pada tahun 2019, filem Black Adam pula dijangka akan keluar pada bulan Julai tahun 2022. Filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra, yang pernah bekerjasama dengan Johnson di filem blockbuster Disney’s Jungle Cruise.

Berikut adalah treler pertama Black Adam:

https://twitter.com/TheRock/status/1449422941142196224

Sebelum ini, kami hanya menerima maklumat tentang senarai pelakon yang disahkan untuk filem ini tetapi hari ini The Rock telah mengesahkan bahawa filem Black Adaman masih dalam pembikinan, tetapi itu bukan alasan untuk mendiamkan diri di acara DC FanDome. Treler di atas menunjukkan sekumpulan tentera mengelilingi Black Adam, yang kemudian membunuh mereka dengan panahan kilat, termasuk mencairkan salah satu hingga jadi tulang. Dia kemudian menangkap sebutir peluru sebelum terbang ke udara. Treler ini hanya berdurasi sekitar satu minit, tetapi akhirnya memberi kami pandangan pertama kami pada filem ini setelah sekian lama.

Bersama Johnson dalam filem Black Adam adalah hero dari Justice Society of America, yang merangkumi Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Aldis Hodge sebagai Hawkman, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, Sarah Shahi sebagai Adrianna Tomaz aka Isis dan Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate. Selain dari adegan di atas, termasuk kostum penuh Black Adam yang ditutup oleh jubah, tidak banyak maklumat baru yang diumumkan tentang filem. Sekurang-kurangnya kita mendapat pandangan pertama dan saya rasa itu pun sudah cukup buat masa ini.

Untuk segala liputan kami tentang DC FanDome 2021 (DCFD 2021), sila tekan pautan ini.

Tags: Black AdamdcDC Black AdamDC FanDome 2021filemThe Rock
Previous Post

Creeper muncul sebagai kerusi gaming Secretlab Minecraft Edition, khas untuk peminat Minecraft!

Next Post

[DCFD 2021] Pandangan pertama Aquaman and the Lost Kingdom!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[DCFD 2021] Pandangan pertama Aquaman and the Lost Kingdom!

[DCFD 2021] Pandangan pertama Aquaman and the Lost Kingdom!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd