Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Dark Woods”, map terbaru Identity V sudah tersedia!

Maira by Maira
November 18, 2021
in Android, Artikel, Asymmetrical, Berita, Genre, iOS, Mobile, PC, Survival
0 0
0
“Dark Woods”, map terbaru Identity V sudah tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Kini pemilik lama sudah meninggal dunia, No Return masih menghantui. Permainan mobile 1v4 Asymmetrical NetEase pertama, Identity V baru sahaja mengeluarkan peta terbarunya “Dark Woods.” Kejahatan yang terkubur dalam mimpi ngeri itu kembali lagi: pokok-pokok yang layu, sungai yang tercemar dan haiwan yang menakutkan… Mari ikuti langkah detektif ke Dark Woods dan temui jalan pulang bersama.

Masa lampau apabila gunung membakar semuanya

Ia pernah menjadi hutan yang paling cantik di Oletus Manor, dengan pokok yan grimbun, haiwan comel bermain di merata tempat dan kanak-kanak ketawa dan bermain-main. Tetapi selepas kemalangan Gamekeeper Bane, hutan itu ditutup sepenuhnya, bukan hanya untuk pemburu haram tetapi juga pelawat. Selepas pemilik Manor dan isterinya meninggal dunia, hutan yang kekurangan penyelenggaraan kemudiannya musnah dalam kebakaran gunung.

Sejak itu, hutan yang cantik itu telah penuh dengan debu. Tiada sesiapa pun yang pernah melihat GameKeeper itu lagi, tetapi legenda Dark Woods telah diwarisi selama-lamanya.

Mimpi ngeri Dark Woods kembali

Tinggalan masa lampau boleh didapati secara samar-samar di dalam hutan tandus itu. Pokok-pokok yang layu berdiri senyap seperti hantu di malam yang gelap, sungai-sungai yang jernih bergelora kini menjadi hijau dan kotor, dan haiwan-haiwan berubah menjadi ngeri dan menyeramkan. Adakah malang akan menimpa anda dalam mimpi ngeri ini?

RelatedPosts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

Dengan buaian terbiar, tumbuhan menjalar pada pokok dan tali kren, pemain boleh kemana-mana dengan pantas. Elemen peta seperti sangkar, perangkap pemburu tersembunyi dan pondok GameKeeper yang ditinggalkan boleh dilihat di mana-mana dalam map scene, yang juga membawa lebih banyak kemungkinan taktikal untuk pertempuran dan lebih banyak perubahan semasa chase.

Dalam fasa kedua misi Time of Reunion, pemain telah mengalami peta Dark Woods terlebih dahulu, membantu atau menghalang gadis kecil itu daripada melarikan diri. Pada 18 November, peta Dark Woods tersedia secara rasmi dalam permainan dan semua pemain boleh pergi ke hutan ini untuk meneroka misteri.

Masa lampau yang terkubur oleh kebakaran gunung kini hadir dalam mimpi ngeri anda. Permainan mobile NetEase, Identity V baru sahaja mengeluarkan peta terbarunya, Dark Woods. Pengembangan terkini Time of Reunion juga sedang dalam proses. Mari ke Manor dan temui jalan anda ke hutan dan kebenaran! Anda boleh lawati laman web rasmi permainan untuk maklumat lanjut.

Untuk liputan lain mengenai permainan ini, sila klik pada pautan ini.

Muat turun di sini
Identity V
Publisher: NetEase Games
Developer: NetEase Games
Release Date: 2018-04-02
Android, iOS, Microsoft Windows
Identity V adalah permainan seram berbilang pemain yang tidak simetri yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat NetEase. Ia dikeluarkan pada bulan Julai 2018 untuk peranti mudah alih. Percuma untuk memuat turun di App Store dan Google Play.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dark WoodsIdentity VTime of Reunion
Previous Post

Code Geass: Lelouch of the Rebellion Lost Stories akan dilancarkan tahun depan!

Next Post

Review Riders Republic – Terpulang kepada anda untuk bermain macam mana pun!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Review Riders Republic – Terpulang kepada anda untuk bermain macam mana pun!

Review Riders Republic - Terpulang kepada anda untuk bermain macam mana pun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd