Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION Hari Ini di Nintendo Switch & Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Kad Strategi, Nintendo Switch, PC, Steam
0 0
0
Dapatkan Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION Hari Ini di Nintendo Switch & Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited secara rasmi mengumumkan pelancaran Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION, kini tersedia di kedai dan di Nintendo Switch eShop. Versi Steam akan tersedia hari ini pada jam 10 malam dan telah disahkan sebagai Steam Deck Verified, memastikan pengalaman gameplay yang lancar di platform tersebut.

Koleksi ini menghimpunkan 14 game klasik Yu-Gi-Oh! yang asalnya dilancarkan untuk Game Boy, Game Boy Color, dan Game Boy Advance, termasuk beberapa judul yang sebelum ini eksklusif di Jepun dan kini boleh dimainkan di seluruh dunia buat pertama kali.

Bagi meraikan pelancaran ini, Edisi Fizikal Nintendo Switch akan disertakan dengan kad Quarter Century Secret Rare “Perfectly Ultimate Great Moth” yang dipilih secara rawak, menjadikannya item eksklusif yang pasti menggembirakan peminat setia.

Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION direka bagi memperingati ulang tahun ke-25 permainan kad Yu-Gi-Oh! dan menampilkan game digital klasik yang asalnya diterbitkan antara 1998 hingga 2004.

Koleksi ini membawa kembali pengalaman permainan yang pernah membentuk legasi Yu-Gi-Oh!, dan buat pertama kali, beberapa judul yang sebelum ini hanya tersedia di Jepun telah dilokalisasi ke dalam bahasa Inggeris untuk tontonan global.

Kredit: Konami

Koleksi ini merangkumi 14 judul berikut, menawarkan pelbagai pengalaman:

  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters (1998, Game Boy)
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters II: Dark Duel Stories (1999, Game Boy/Game Boy Color)
  • Yu-Gi-Oh! Dark Duel Stories (2000 JP, Game Boy Color)
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist (2000, Game Boy Color)
  • Yu-Gi-Oh! Monster Capsule (2000 JP, Game Boy Color)
  • Yu-Gi-Oh! Dungeon Dice Monsters (2001 JP, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 6, Expert 2 (2001, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! The Eternal Duelist Soul (2001 JP, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! The Sacred Cards (2002 JP, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! Reshef of Destruction (2003 JP, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! Worldwide Edition: Stairway to the Destined Duel (2003, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! World Championship Tournament 2004 (2004, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! Destiny Board Traveler (2004 JP, Game Boy Advance)
  • Yu-Gi-Oh! 7 Trials to Glory: World Championship Tournament 2005 (2004 JP, Game Boy Advance)
Kredit: Konami

Walaupun koleksi ini mengekalkan keaslian game original, beberapa ciri moden telah ditambah baik untuk meningkatkan pengalaman pemain di platform baharu:

  • Ciri Save/Load di Mana-Mana – Tidak perlu risau jika tersilap langkah, kini boleh save dan load pada bila-bila masa.
  • Fungsi “Rewind” – Kembali ke detik penting atau baiki kesilapan dengan mudah.
  • Kawalan Boleh Diubah Suai – Ubah suai susunan butang mengikut keselesaan anda.
  • Penyesuaian Dek – Buang had dek atau senarai kad yang diharamkan untuk pengalaman gameplay yang lebih fleksibel.
  • Sokongan Online Multiplayer – Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist menyokong pertempuran online pada hari pelancaran, dengan lebih banyak judul bakal menerima kemas kini untuk ciri ini pada masa hadapan.
Kredit: Konami

Untuk berita terkini, ikuti laman rasmi Yu-Gi-Oh! Asia di Facebook.

Tags: Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball Z: Kakarot DLC ‘DAIMA – Part 1’ Akan Datang Sekitar 2025

Next Post

Season Terakhir Fire Force Ditetapkan pada 4 April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Season Terakhir Fire Force Ditetapkan pada 4 April!

Season Terakhir Fire Force Ditetapkan pada 4 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd