Hari ini adalah hari terakhir Mega March Sale di PlayStation Store dan pelbagai tawaran menarik telah muncul di tengah-tengah wabak koronavirus. Walaupun pelbagai game sedang didiskaun, saya akan menyenaraikan promosi yang berharga RM80 dan ke bawah sahaja! Ini adalah masa terbaik untuk anda dapatkan game kegemaran ketika seluruh Malaysia menghadapi kuarantin di dalam rumah.
Jika anda mahu menjadi pembunuh upahan, Dishonored 2 menerima diskaun sebanyak 70% dan pasti akan membuat anda sibuk selama berminggu-minggu akan datang. Untuk mereka yang ingin rasa adrenalin perlumbaan, Need For Speed: Payback mempunyai kandungan yang cukup banyak dan didiskaun sebanyak 80%. Permainan video lain termasuk The Heavy Rain & BEYOND: Two Souls Collection (diskaun 60%), DOOM (diskaun 70%), dan Titanfall 2: Ultimate Edition (diskaun 80%).
Sempena penamat siri Nanatsu no Taizai, anda boleh mengulangi semula kisah Meliodas di The Seven Deadly Sins: Knights of Britannia. Ia menerima diskaun sebanyak 70%. Antara game lain yang anda patut cuba termasuk Space Hulk: Deathwing – Enhanced Edition (diskaun 70%), Borderlands: Game of the Year Edition (diskaun 50%), dan SWORD ART ONLINE Re: Hollow Fragment (diskaun 75%).
Jadual berikut menyenaraikan game-game menarik yang anda boleh cuba:
Harga Diskaun | Harga Sebenar | |
Need for Speed Payback | RM25.20 | RM126 |
RM39.60 | RM 99.00 | |
RM25.20 | RM126 | |
DOOM | RM39.90 | RM133 |
Dishonored 2 | RM54.30 | RM181 |
RM75.90 | RM253 | |
RM47.40 | RM158 | |
RM68.50 | RM137 | |
RM28.80 | RM72 | |
RM25.60 | RM64 | |
RM16 | RM64 | |
RM63.30 | RM211 | |
RM49.20 | RM123 | |
RM26.40 | RM88 | |
RAD | RM48.30 | RM69 |
@gamersantaimy
Discussion about this post