Ada yang teringin nak main game baru tidak? Kami ada berita baik kepada anda! SEGA telah mulakan satu lagi promosi di Steam yang dipanggil SEGA Mega Mix Sale! Ingin tahu game yang menarik dalam promosi SEGA Mega Mix ini? Jom kami senaraikan kepada anda!
Untuk pertama kali, game Soul Hackers 2 dan Two Point Campus mendapat potongan harga! Berikut adalah harga kini semasa sale untuk kedua-dua game tersebut:
- Soul Hackers 2 – RM 186.75
- Two Point Campus – RM 127.20
Selain daripada itu, terdapat lebih daripada 20 game lain yang juga mendapat potongan harga termasuklah Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ dan Yakuza: Like A Dragon. Jom lihat game menarik lain yang boleh didapatkan sepanjang SEGA Mega Mix Sale!
- Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ – RM 139.69
- Yakuza: Like A Dragon – RM 122.15
- Persona 5 Strikers – RM 103.60
- Total War: Three Kingdoms – RM 54.06
- Total War: Warhammer II – RM 54.06
- Demon Slayers: The Hinokami Chronicles – RM 137.40
- Persona 4 Arena Ultimax – RM 64.35
- Shin Megami Tensei III Nocturne – RM 114.50
- Sonic Origins – RM 109.85
- Two Point Hospital – RM 25
- Bayonetta – RM 10
Ada banyak lagi game yang tersedia untuk promosi ini. Anda boleh lawati halaman Steam promosi untuk mendapatkan game yang diingini. Siri Judgment juga tersedia untuk anda mainkan di PC. Tetapi tiada potongan harga yang diberikan. Mungkin selepas ini ia akan mendapat promosi juga.
Untuk segala liputan mengenai promosi daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post