Hari ini, DLC pertama untuk judul aksi-RPG shooter “Atomic Heart” telah dilancarkan secara rasmi! Dibuat oleh studio Mundfish, DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct memperkenalkan pelbagai kandungan tambahan termasuk: kawasan baharu, senjata baharu, musuh baharu, dan abiliti baharu untuk sarung tangan.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer rasmi di bawah untuk mendapatkan gambaran umum:
Mulakan perjalanan gila baharu dalam DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct dan bongkarkan kebenaran tentang kisah NORA apabila Major P-3 terpaksa kembali ke Facility 3826. Bertemu Professor Lebedev yang penuh misteri dan fikirkan cara untuk menyekat kegilaan AI dan membendung Annihilation Instinct-nya.
Sinopsis
DLC ini meneruskan kisah game utama di mana pemain perlu menerokai semula dunia distopia Atomic Heart dengan melawat lokasi yang sama sekali baharu; Mendeleev Complex dan kawasan paya di sekitarnya. Pada masa yang sama, mesin yang lebih dahsyat dan bahaya juga menanti pemain termasuk musuh yang boleh berubah bentuk dan juga bos baharu.
Jangan risau kerana anda boleh mendapatkan dua senjata unik: Secateur – senjata jarak jauh dengan 2 mode tembakan – dan Klusha – senjata jarak dekat yang boleh memotong dan mencucuk, untuk bantu dalam perjalanan! Jika itu tidak cukup, sarung tangan polymeric anda ditambah bail dengan abiliti Technostasis, yang membolehkan kita memanipulasi masa.
Pemain juga tidak perlu melengkapkan atau melepasi peringkat tertentu dalam jalan cerita utama untuk mengakses kandungan DLC. Jikalau pemain baru pun, anda boleh segera mengakses kandungan DLC Annihilation Instinct.
Jadi, bereksperimen dengan setiap senjata/abiliti dan hentikan ancaman AI gila!
Bagi mereka yang tidak tahu, Atomic Heart ialah game FPS dengan elemen ‘role-playing’. Menggunakan kebolehan tempur yang diberikan oleh sarung tangan kuasa eksperimental, senjata bilah dan persenjataan canggih anda, berjuang untuk bertahan hidup dalam pertarungan penuh aksi. Ubahsuai gaya pertarungan kepada setiap musuh yang unik, gabungkan kemahiran/sumber, dan gunakan persekitaran untuk mengatasi cabaran dan berjuang untuk kebaikan. Untuk baca lebih lanjut, anda boleh membaca review penuh kami di sini.
Bagi mereka yang berminat, Atomic Heart kini boleh didapati di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC, dalam tiga edisi: Standard (base game), Gold (base game + Atomic Pass) dan Premium (base game + Atomic Pass + buku seni digital).
Bukan itu sahaja, Atomic Heart juga dijual pada harga diskaun sehingga 40% di Steam untuk semua edisi! Jika anda ingin dapatkan DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct, inilah masanya.
(Artikel ini dibuat bersama kerjasama 4Divinity)
@gamersantaimy
Discussion about this post