Selepas banyak spekulasi, nampaknya khabar angin terbukti benar. Manga Shonen Jump+ popular ‘Dandadan‘ oleh Yukinobu Tatsu rasmi akan mendapat anime oleh Science Saru dan bakal ditayangkan tahun depan! Sempena itu, mereka mengeluarkan teaser trailer untuk siri “pertempuran misteri paranormal & komedi romantik” yang anda boleh tonton di bawah:
Walaupun tarikh keluaran tepat tidak diumumkan, tetapi kita dapat tahu bahawa anime Dandadan akan dihasilkan oleh Science Saru dan diarahkan oleh Fūga Yamashiro, dengan skrip oleh Hiroshi Seko, reka bentuk watak oleh Naoyuki Onda, reka bentuk makhluk asing dan entiti ghaib oleh Yoshimichi Kameda dan muzik yang dikarang oleh Kensuke Ushio.
Selepas pengumuman adaptasi anime, pencipta Yukinobu Tatsu menyampaikan mesej – khususnya untuk memuji Science Saru. Rupanya, Yukinobu adalah peminat kepada studio itu, dan meluahkan impiannya untuk mempunyai studio kegemaran mengusahakan anime bagi siri manga-nya sendiri.
“Terima kasih banyak-banyak kerana menganimasikan Dandadan kali ini. Science Saru, yang sentiasa hebat dengan karya mereka, dan kepada semua orang yang memberi perhatian kepada manga inisekarang, saya rasa ia mimpi menjadi kenyataan untuk mengerjakan Dandadan. Terima kasih banyak-banyak! Saya harap kita boleh menyokong Dandadan bersama-sama mulai sekarang. Terima kasih banyak-banyak,” tulis Yukinobu.
Bagi mereka yang tidak tahu, Dandadan ialah siri manga Jepun yang disirikan dalam Shōnen Jump+ terbitan Shueisha sejak April 2021, di mana babnya dikumpulkan ke dalam 11 tankōbon sehingga Ogos 2023. Setakat November 2023, manga itu mempunyai lebih 3.2 juta salinan dalam edaran dan lebih 360 juta tontonan di platform Shōnen Jump+.
Sinopsis
Seorang budak lelaki mesti melawan hantu dan makhluk asing kuat, yang semuanya berebut untuk mendapatkan kuasa rahsia “kemaluannya”, sambil ditemani oleh gadis sekolah menengah (yang dia suka secara diam) dan nenek hantu?!
Momo Ayase menjalin persahabatan luar biasa dengan seorang fanatik UFO di sekolahnya, yang dia namakan sebagai “Okarun”. Walaupun Momo percaya kepada roh dan hantu, tetapi dia menganggap makhluk asing hanyalah benda karut. Okarun pula berpendapat sebaliknya. Untuk menyelesaikan masalah, mereka berdua berusaha untuk membuktikan satu sama lain salah—Momo pergi ke lokasi UFO dan Okarun ke terowong berhantu!
Usaha mereka untuk membuktikan satu sama lain salah membawa mereka ke pengembaraan penuh misteri dan pertempuran paranormal!
Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post