Satu permainan indie yang menjadi hit adalah Among Us yang dibangunkan oleh Innersloth. Permainan ini dilancarkan pada tahun 2018 melalui Steam dan menjadi popular kerana fungsi multiplayer yang ada pada game tersebut. Lagi-lagi semasa wabak pandemik yang menyebabkan orang ramai tinggal di rumah. Ledakan populariti ini membuatkan Among Us dilancarkan ke mobile dan konsol generasi terkini berserta edisi Among Us Physical Collector’s Edition. Terdapat banyak benda fan-made yang dibuat oleh peminat permainan ini , termasuk pembangun Among Us Arena yang menjadikan Among Us sebagai permainan pertempuran 2D.

Starcutter, atau ResidentBeedrill di Twitter, adalah peminat dan pemaju permainan pertempuran kasual. Beberapa permainan yang digemarinya termasuk Dragon Ball FighterZ, Super Smash Bros. Ultimate, dan Them’s Fightin’ Herds, dan banyak lagi. Dia juga menyumbang mod untuk permainan seperti Rivals of Aether, di mana dia mencipta watak Kid Goku yang dapat dimainkan dan diserahkan kepada Rivals Workshop di Steam. Sudah jelas bahawa dia peminat besar dari beberapa permainan pertempuran terbaik yang ada, yang juga merupakan inspirasi utama untuk fan game ini.
Among Us Arena dilepaskan ke itch.io secara percuma, di mana ia menempatkan imposter yang berbeza warna dalam permainan pertempuran 2D. Ia mempunyai tiga mod permainan, satu untuk latihan, satu untuk mod arked tradisional, dan satu mod multiplayer. Permainan ini juga dilengkapi dengan mod local multiplayer dan dalam talian, walaupun permainan dalam talian memerlukan kedua-dua pemain berada di tempat yang sama dan berada di wilayah yang sama untuk memastikan connectivity dan kestabilan terbaik.
Terdapat 16 warna yang boleh dipilih oleh pemain, walaupun mereka mempunyai pergerakan yang sama. Pergerakan ini melibatkan pelbagai senjata yang boleh digunakan oleh imposter, seperti pisau dan pistol. Tidak lama selepas pelancaran permainan, banyak video yang berbeza dimuat naik ke Twitter yang memperlihatkan kombo yang dapat dibuat oleh pemain. Ini menunjukkan beberapa gaya yang dapat mengumpulkan beberapa hits dan damage yang luar biasa.
Permainan ini telah menjadi hit sebenar bagi Starcutter, seperti yang dibuktikan oleh video-video ini dan penerimaan positif secara keseluruhan terhadap konsep Among Us dalam ruang permainan pertempuran. Server Discord komuniti telah dibuka untuk pemain membincangkan Among Us Arena serta kemas kini keseluruhan. Among Us Arena mempunyai sedikit kekurangan kerana permainan ini hanya dibangunkan seorang diri sahaja sebagai projek sampingan. Permainan ini juga nampaknya tidak akan ada feature baru. Sumbangan yang diterima Starcutter juga akan disalurkan untuk pembangunan permainan pertempuran yang masih belum diumumkan.
Sumber: Gamesrant
@gamersantaimy
Discussion about this post