Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CyberConnect2 Ambil Alih Francais, Umumkan Action RPG Bahru ‘.hack//Z.E.R.O.’!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2026
in Action, Artikel, Berita, RPG
0 0
0
CyberConnect2 Ambil Alih Francais, Umumkan Action RPG Bahru ‘.hack//Z.E.R.O.’!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sepuluh tahun dirancang secara rahsia, francais .hack nampaknya akan kembali memeriahkan industri gaming. CyberConnect2, yang sekian lama menjadi pembangun siri ini, telah mengumumkan .hack//Z.E.R.O., sebuah action RPG terbaharu yang dikhususkan untuk konsol.

Apa yang menarik, projek ini menandakan satu pencapaian penting buat studio tersebut; walaupun hak milik intelektual (IP) asalnya di bawah Bandai Namco Entertainment, CyberConnect2 telah diberikan hak untuk menerbitkan sendiri game ini.

Ini bermakna, mereka memegang kawalan penuh daripada fasa perancangan dan pembangunan hinggalah kepada pemasaran dan pelancaran.

Permulaan Baharu, Bukan Sekuel

Nama .hack//Z.E.R.O. dipilih bukan tanpa sebab. Ia membawa simbol “bermula semula dari kosong” bagi siri ini.

Dalam satu temu bual bersama Famitsu, CEO CyberConnect2, Hiroshi Matsuyama, menegaskan bahawa game ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siri light novel .hack//ZERO nukilan Michiko Yokote. Sebaliknya, ia merupakan satu interpretasi moden.

Jalan ceritanya berlatarbelakangkan masa hadapan, kira-kira sepuluh tahun dari sekarang. Seperti tradisi siri, kisah akan berpusat di dalam dunia MMORPG fiksyen yang dikenali sebagai “The World.” Bagaimanapun, kali ini penekanan akan lebih diberikan kepada drama manusia dan kehidupan sebenar para pemain di sebalik avatar mereka.

Antara perubahan paling drastik dalam .hack//Z.E.R.O. adalah bagaimana “dunia nyata” dipersembahkan. Dalam game-game terdahulu, interaksi dunia luar hanyalah terhad kepada paparan e-mel atau papan berita atas talian disebabkan kekangan bajet dan syarat daripada penerbit.

Matsuyama menjelaskan bahawa memandangkan CyberConnect2 kini bertindak sebagai penerbit sendiri, segala halangan tersebut telah dihapuskan. .hack//Z.E.R.O. akan memaparkan naratif dunia nyata yang lebih mendalam, melangkaui skrin untuk menunjukkan kehidupan peribadi watak dengan identiti digital mereka.

Walaupun masih mengekalkan akar umbi sebagai sebuah RPG, game ini akan menggabungkan elemen action pantas dengan ciri-ciri adventure. Peminat telah pun diberikan bayangan awal melalui sebuah teaser trailer hasil sentuhan studio animasi ternama, Kamikaze Douga.

Malangnya, video tersebut tidak menunjukkan rakaman gameplay sebenar. Maklumat mengenai tarikh pelancaran dan platform khusus masih belum diumumkan secara terperinci. Tetapi kami pasti akan mendapat maklumat baharu dalam masa terdekat.

Tags: .hack//Z.E.R.O.
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece – Devil Fruit Milik Loki Akhirnya Terbongkar! Rupanya Mythical Zoan Naga Hitam!

Next Post

“Hinaan Buat Peminat” – Pencipta Asal God of War Anggap Spinoff ‘Sons of Sparta’ Sebagai Sampah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Hinaan Buat Peminat” – Pencipta Asal God of War Anggap Spinoff ‘Sons of Sparta’ Sebagai Sampah!

"Hinaan Buat Peminat" - Pencipta Asal God of War Anggap Spinoff 'Sons of Sparta' Sebagai Sampah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd