Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba demo The Wonderful 101 Remastered sekarang dengan tambahan watak Bayonetta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2020
in Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Cuba demo The Wonderful 101 Remastered sekarang dengan tambahan watak Bayonetta!
Share on FacebookShare on Twitter

PlatinumGames telah mengeluarkan demo istimewa The Wonderful 101 Remastered dengan penambahan Wonder-Bayonetta di semua platform yang disokong! Versi demo ini akan menampilkan sekitar dua jam gameplay, dan jika anda malas ulang semula, data pun boleh dipindahkan ke permainan penuh.

Dalam demo The Wonderful 101 Remastered yang berdurasi hampir 2 jam, pemain boleh menikmati prolog dan seluruh Operasi 001, serta mencuba Wonder-Bayonetta pada awal permainan, yang biasanya merupakan watak tersembunyi dalam permainan utama. Selain itu, pemain juga akan mendapat akses ke bonus lain seperti wang dalam permainan dan beberapa item sokongan daripada awal.

Versi 1.03 The Wonderful 101 Remastered juga menambah fitur Wonderful Code di mana pemain dapat membuka barang eksklusif lain. Setakat ini, PlatinumGames telah mendedahkan dua kod yang membuka Wonder-Bayonetta, Wonder-Jeanne, dan Wonder-Rodin. Syarikat ini mempunyai lima lagi kod yang tidak diberitahu, jadi peminat The Wonderful 101 Remastered boleh menantikan banyak lagi kandungan gempak dalam waktu terdekat. Berikut adalah dua kod yang kami tahu setakat ini:

  • Vol.1 Umbran Gift – Unlocks Wonder-Bayonetta

    • Kod: UMBRANGIFT
  • Vol.2 Angel Slayers – Unlocks Wonder-Jeanne and Wonder-Rodin

    • Kod: ANGELSLAYERS

Terkenal dengan permainan popular seperti Bayonetta, NieR: Automata, dan Astral Chain, PlatinumGames ternyata sangat sibuk tahun ini. Syarikat itu mendedahkan banyak perkara besar sepanjang tahun 2020 dan telah mula menjual barang eksklusifnya di Amazon. Di samping itu, PlatinumGames juga sedang membangunkan Project G.G. yang diketuai oleh Hideki Kamiya.

Demo The Wonderful 101 Remastered dan permainan penuh kini boleh didapati di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Walaupun permainan ini biasanya dijual pada harga RM65.00, ia sekarang mempunyai diskaun 32% di Steam.

Tags: bayonettaDemoPlatinumGamesThe Wonderful 101 Remastered
Previous Post

PlayStation End of Year Sale termasuk Resident Evil, Nioh 2, dan Monster Hunter World: Iceborne! Diskaun kaw-kaw sehingga RM50!

Next Post

My Hero Academia *SPOILER*: Lemillion kembali pulih untuk selamatkan Deku!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
My Hero Academia *SPOILER*: Lemillion kembali pulih untuk selamatkan Deku!

My Hero Academia *SPOILER*: Lemillion kembali pulih untuk selamatkan Deku!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd