Crytek secara rasmi mengumumkan bahawa Crysis Remastered Trilogy, yang menampilkan versi remaster untuk Crysis, Crysis 2, dan Crysis 3, dilancarkan hari ini. Setiap game ikonik ini boleh didapati dalam koleksi all-in-one yang telah dioptimumkan dan ditingkatkan untuk bermain secara lebih cepat dan lebih baik daripada sebelumnya. Selepas pelancaran Crysis Remastered pada tahun lalu, pemain juga dapat membeli Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered secara berasingan.
Crysis Remastered Trilogy tersedia untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 di PlayStation Store, Xbox One dan Xbox Series X|S di Microsoft Store, Nintendo Switch di eShop dan PC di Epic Games Store. Pemain boleh membeli salinan fizikal Crysis Remastered Trilogy secara harga runcit untuk platform Xbox dan PlayStation, yang termasuk kad seni eksklusif.
Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered juga tersedia untuk pembelian berasingan di Epic Games Store, PlayStation Store, Microsoft Store, dan Nintendo Switch eShop untuk Nintendo Switch. Pelepasan salinan fizikal untuk Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered di Nintendo Switch akan dijangka akan datang tidak lama lagi.
Crysis Remastered Trilogy menampilkan semua gameplay aksi terkenal dan pertempuran mendebarkan di dunia ‘sandbox’ yang diperbaharui dengan pencahayaan yang lebih baik serta watak, senjata, dan persekitaran yang disempurnakan secara visual, bersama tekstur definisi tinggi untuk gambar yang lebih tajam dan jelas. Remaster ini dioptimumkan ke arah PC dan konsol generasi akan datang untuk peningkatan prestasi yang besar.
Sebagai contoh, game original hanya boleh dimainkan pada resolusi rata-rata 720p dan hingga 30 FPS. Versi remaster untuk PC, Xbox Series X, dan PlayStation 5 boleh bermain antara 1080p dan 4K hingga 60 FPS untuk gameplay yang cantik dan lancar.
Jika berminat, anda boleh melawat laman web rasmi Crysis di SINI. Untuk segala liputan kami tentang siri permainan ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post