Sega akan melancarkan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy untuk Nintendo Switch di Jepun pada 18 Oktober, Sega sendiri yang mengumumkan perkara ini. Crash Bandicoot merupakan salah satu game yang menggamit kenangan bagi mereka yang bermula bermain game dengan menggunakan PlayStation 1. Bagi aku, game ni bagaikan game Mario next level.
Crash Bandicoot N. Sane Trilogy ni pada asalnya dikeluarkan untuk PlayStation 4 di bawah Sony Interactive Entertainment Japan Asia pada Ogos 2017. Dan, pada minggu pertama, jualan mencecah sehingga 30, 384!
Dikatakan yang versi Nintendo Switch ini yang di Publish oleh Sega adalah Bonus Edition, di mana stage bonus, “Future Tense” di masukkan untuk Crash Bandicoot 3: Warped. Sony juga akan melakukan perkara yang sama untuk PlayStation 4 di Jepun pada Ogos 2.
@gamersantaimy
Discussion about this post