Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cosplayer Ditahan Imegresen kerana Langgar Syarat Pas Lawatan?

3 wanita Jepun dan seorang lelaki Sepanyol yang ditahan

Nyny.A by Nyny.A
July 2, 2019
in Artikel, Berita, Cosplay
0 0
0
Cosplayer Ditahan Imegresen kerana Langgar Syarat Pas Lawatan?
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam telah berlansungnya sebuah acara Geek Summit 2019 yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Dikatakan acara tersebut telah mengadakan acara Cosplay bagi mencari wakil Malaysia untuk bertanding di Jepun. Tapi disamping kegembiraan sambil melihat kecomelan peragaan ‘Cosplay’ masing-masing, ada sesuatu yang tidak berapa seronok telah terjadi.

Sumber: Geek Summit

Empat individu termasuk lelaki warga Sepanyol ditahan Jabatan Imigresen dalam satu serbuan kerana melanggar pas lawatan sosial dengan mengadakan pertunjukan di acara tersebut. Dikatakan semua yang ditahan berumur antara 28 hingga 41 tahun.

Sumber: China Press
Sumber: China Press

Menurut Mohamad Shukri Nawi, Pengarah Imigresen Negeri, operasi telah dijalankan dan menyasarkan Cosplayer – penganjuran pogram antarabangsa permainan kostum yang tidak mendapat kebenaran daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

“Kita telah memeriksa seramai 13 warga asing yang menyertai program tersebut dan menahan tiga wanita warga Jepun dan seorang lelaki warga Sepanyol atas kesalahan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pekara ini turut dihebahkan beberapa pihak tak bertanggungjawab;

Kami disini cuba untuk menghubungi Muhd Syahmi Sam yang juga merupakan pengurus Geek Summit 2019 untuk bertanyakan mengenai responnya. Dan akhirnya mereka terus memberi kenyataan rasmi di Facebook Geek Summit.

Mereka menyatakan bahawa pekara ini adalah benar dan yang dirangkap tersebut adalah tetamu jemputan mereka untuk acara ini. Tetapi untuk pengetahuan semua orang, acara mereka telah pun disahkan mempunyai permit MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

Tetamu yang dijemput tidak naik ke pentas, jadi mereka tidak terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh PUSPAL untuk memperoleh visa profesional untuk tetamu antarabangsa mereka. Tapi yang malangnya, mereka telah menerima laporan palsu yang dibuat oleh seseorang , jadi Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai pilihan selain mengikuti protokol, dan menyebabkan penahanan tetamu antarabangsa mereka di tempat kejadian.

Jadi apa sebenarnya yang terjadi ini? Apapun perselisihan faham dari pihak Geek Summit dan ‘orang yang buat laporan palsu’ tersebut berjumpa dan selesaikan masalah ini dengan betul dan elok.

Tags: cosplayCosplayer ArrestedCosplayer DitangkapForeign ArrestedGeek SummitGeek Summit 2019
Previous Post

Lego Tower akhirnya sudah keluar di Malaysia!

Next Post

Guy Beahm Kini Membuka Mulut Memohon Maaf bagi Menangani Isu Watak Dr.Disrespectnya!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Guy Beahm Kini Membuka Mulut Memohon Maaf bagi Menangani Isu Watak Dr.Disrespectnya!

Guy Beahm Kini Membuka Mulut Memohon Maaf bagi Menangani Isu Watak Dr.Disrespectnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd