Sejak diacah pada 2020, sekuel game Corpse Party akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi serta mendedahkan beberapa maklumat baharu mengenainya. Bakal dilancarkan pada musim luruh 2024 (anggaran Oktober – Disember), Corpse Party II: Darkness Distortion akan menemui semula peminat di PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Anda boleh tonton video pengumumannya di bawah.
Sebenarnya, sejak awal tahun lagi game ini telah diacah melalui akaun X (Twitter) game. Daripada visual hospital serta patung menyeramkan, sekuel ini pastinya membawa kisah seram yang dinantikan peminat setelah sekian lama. Tetapi jangan sangka ini sambungan kepada game Corpse Party 2: Dead Patient pula.
Tiga watak baharu telah diperkenalkan untuk Corpse Party II: Darkness Distortion iaitu:
- Haruka Nanami [Protagonis]
- Nemu Takanashi
- Maria Hitsugi
Tetapan game kali ini membawa watak-watak ke sebuah hospital terbiar “Amare Est Vivere Hospital” untuk mencuba ritual legenda “Ayame’s Mercy”, dengan Nemu ingin menaikkan jumlah subsriber pada akan stream-nya. Malangnya ritual yang dilakukan merekan adalah benar dan mereka telah dihantar ke alam gelap. Bersama-sama mereka perlu mengelak roh jahat Ayame Kirishima dan makhluk seram lain sambil mereka mencari jalan untuk hapuskan sumpahan Ayame selama-lamanya.

Sedikit berbeza dengan game terdahulu francais, pemain boleh meneroka Amare Est Vivere Hospital secara bebas dalam 3D dalam third-person atau first-person. Penceritaannya kekal dengan gaya visual novel dan sudah tentu ditemani dengan visual dahsyat dengan audio yang mengerikan.
Terdapat enam bab yang anda akan mainkan, di mana game ini mempunyai lapan senario tambahan dan banyak Wrong End untuk pemain alami sambil membongkar rahsia “Ayame’s Mercy” dan selamatkan diri. Tidak sabar untuk lihat semua Wrong End yang akan ditunjukkan dalam game nanti, memandangkan francais ini mempunyai pelbagai penamat yang mengerikan kepada watak-wataknya.

Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap untuk pelancarannya, jadi nantikan pengumuman lanjut daripada penerbit. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post