Hari berperang semakin menghampiri kerana Company of Heroes Collection rasmi akan dikeluarkan di Nintendo Switch pada 12 Oktober 2023. Bukan itu sahaja, pre-order turut dibuka sekarang.
Sempena itu, anda boleh melihat dahulu video pengumuman di bawah:
Dibawa ke Nintendo Switch oleh Feral Interactive, Company of Heroes Collection menyampaikan gameplay real-time strategy klasik Perang Dunia II sepenuhnya bersama dua expansion epik – Opposing Fronts dan Tales of Valor ke – dalam satu pakej buat kali pertama di platform Nintendo Switch.
Berikut adalah ciri-ciri utama tentang game;
- Real-Time Strategy yang spektakular – Company of Heroes menetapkan standard untuk real-time strategy moden dengan pertempuran taktikal yang mencabar dan tindakan pantas berasaskan skuad.
- Direka untuk Nintendo Switch – Mempunyai interface yang direka semula secara radikal dan dioptimumkan untuk handheld dan docked play.
- Koleksi Lengkap – Daripada kandungan game utama di pantai Normandy, kepada expansion Opposing Fronts dan Tales of Valor, ketiga-tiga kempen—menjumlahkan 41 misi—tersedia untuk anda bermain.
- Cipta Perang Custom – Dengan dua jenis pertempuran berbeza, empat puak unik untuk diperintah, banyak peta untuk dipilih dan tahap kesukaran boleh ubah —Mode Skirmish menawarkan ciri replayability yang sangat tinggi.
- Bentukkan Medan Perang – Manfaatkan persekitaran yang boleh dimusnahkan untuk memberi kelebihan taktikal, ganggu barisan musuh sambil mencipta jalan sendiri untuk mendapatkan kemenangan.
Mengikut rancangan, Company of Heroes Collection hanya akan tersedia secara single-player sahaja semasa pelancaran, manakala citi multiplayer masih dalam rancangan selepas pelancaran rasmi.
Company of Heroes Collection rasmi akan dikeluarkan di Nintendo Switch pada 12 Oktober 2023 dan kini dibuka untuk pre-order.
@gamersantaimy
Discussion about this post