Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

COD: Warzone Operation Monarch bermula dengan kehadiran Kong dan Godzilla!

Maira by Maira
May 12, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One
0 0
0
COD: Warzone Operation Monarch bermula dengan kehadiran Kong dan Godzilla!
Share on FacebookShare on Twitter

Kong dan Godzilla — dua Titan bersedia untuk mengepung Caldera semasa Operation Monarch. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum terjun ke dalam acara terbaru COD: Warzone ini. Pelbagai ganjaran juga tersedia bersama-sama bundle khas.

Dari 11 Mei hingga 25 Mei, COD: Warzone akan datang dengan Kong dan Godzilla sebagai mod game masa terhad. Mod ini akan tersedia bersama Operation Monarch, yang akan menawarkan ganjaran dengan menyertai perlawanan, mengumpul Monarch Intel, menyelesaikan cabaran. Pembelian Monsterverse Bundle juga akan memberikan pemain lebih ganjaran.

Operation Monarch merupakan sambutan Monsterverse dan Godzilla vs. Kong dalam Call of Duty. Mereka yang sudah mendapat Classified Arm dalam COD: Warzone dan COD: Vanguard pasti akan mengetahui kesusahannya. Jom, kita tengok dahulu trailer pelancaran untuk mod terbaru ini.

Ganjaran besar menanti pemain

Dengan bermain mod baru ini, terdapat beberapa ganjaran yang akan diberikan dengan menyelesaikan cabaran tersedia. Jika anda berjaya menyelesaikan kesemua lapan cabaran, anda boleh mendapat Blueprint Marksman Rifle khas, “Ancient Rivalry”. Berikut adalah cabarannya:

  • Main Operation Monarch selama 6 jam: Ganjaran — Epic “Ancestral Skull” Charm
  • Guna Kong atau Godzilla Killstreak sekali: Ganjaran — Rare “Ancient Remains” Charm
  • Guna Kong atau Godzilla Killstreak tiga kali: Ganjaran — Rare “Monarch Eyes Only” Charm
  • Berikan 500,000 damage kepada Titan: Ganjaran — Rare “Concrete Jungle” Sticker
  • Berikan 135,000 total damage kepada Kong dalam acara Titan Frenzy: Ganjaran — Legendary “Team Godzilla” Emblem
  • Berikan 135,000 total damage kepada Godzilla dalam acara Titan Frenzy: Ganjaran — Legendary “Team Kong” Emblem
  • Kumpul 3,000 Monarch Intel: Ganjaran — Epic “Skyline Crasher” Calling Card
  • Mendapat Top 15 sebanyak 12 kali dalam Mode masa terhad Operation Monarch: Ganjaran — Epic “One Will Fall” Spray

Bundle tersedia sempena acara

Operator boleh menggunakan mana-mana senjata untuk melawan Titan yang paling berkuasa di dunia. Tetapi ada beberapa bundle khas yang anda boleh gunakan untuk melawan mereka. Berikut adalah tiga bundle Monsterverse yang diilhamkan oleh Godzilla vs. Kong yang tersedia semasa Operation Monarch:

  • Tracer Pack: Godzilla Reactive Mastercraft
  • Tracer Pack: Kong
  • Tracer Pack: Mechagodzilla

Dengan mendapatkan pelbagai bundle sebelum 13 Jun, anda akan mendapat ganjaran tambahan. Beli dua bundle boleh memberikan anda stiker senjata “Godzilla vs. Kong” eksklusif dan “Superspecies” player title. Jika anda membeli kesemua bundle, anda akan menerima Legendary “Apex Phase Rifle” SMG.

Ganjaran yang disebutkan di atas akan diberikan sebaik sahaja anda reboot game selepas pembelian. Apapun, inilah masa anda untuk rasakan pengalaman bermain di dunia kucar-kacir COD: Warzone dengan pertembungan antara Godzilla dan Kong. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai COD daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Call of Duty

Muat Turun di sini
 
Call of Duty: Warzone
Publisher: Activision
Release Date: 2020-03-11
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Sebuah permainan terbaru dalam francais Call of Duty dengan membawa elemen Battle Royale dan perlawanan melibatkan 150 pemain lain yang boleh dimuat turun dan dimainkan secara PERCUMA!  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: WarzoneGodzilla vs. KongOperation Monarch
Previous Post

Nintendo Switch terlalu sukses, Presiden risau pengganti tidak memuaskan hati peminat

Next Post

Battlefield 2042 bukan lagi game aktif, terus hilang dari radar

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Battlefield 2042 bukan lagi game aktif, terus hilang dari radar

Battlefield 2042 bukan lagi game aktif, terus hilang dari radar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd