Siapa sahaja yang tidak mengenali game Clash of Clans? Game ini antara game mobile yang popular dimainkan sewaktu kebangkitan game mobile dalam industri gaming. Nampaknya anda sudah boleh mainkan Clash of Clans di PC!
Cara main di PC
Kalau anda ingin mainkan game ini pada PC, mudah sahaja. Anda hanya perlu muat turun Google Play Games Beta dan install pada PC anda. Daripada aplikasi itu, anda boleh akses library Google Play anda dan mainkan Clash of Clans. Bukan setakat Clash of Clans sahaja yang tersedia, Royale Clash dan game mobile popular lain seperti Mobile Legends: Bang Bang turut tersedia!
Clash of Clans dan Clash Royale PC adalah sama dengan versi mobile mereka. Semua update akan datang akan turut tersedia pada versi PC. Kawalannya juga hampir sama dengan mobile, tetapi anda akan menggunakan mouse dan bukanlah jari.
Kalau anda ada membuat akaun Supercell, anda boleh masuk menggunakan akaun tersebut dan sambung progress anda terus! Cuma akaun tersebut tidak boleh log masuk pada PC dan mobile pada satu masa yang sama.
Tentang Google Play Games Beta
Dengan Google Play Games Beta pada PC, anda boleh bermain game mobile pada komputer Windows anda. Jika anda bermain game pada PC, anda boleh mendapatkan grafik yang lebih baik dan menggunakan keyboard dan mouse. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga sokongan untuk controller seperti PS5 DualSense dan controller Xbox.
Selain itu, anda juga boleh sync progress anda dan dapatkan Play Point tidak kiralah anda bermain pada mobile ataupun PC. Anda boleh muat turun Google Play Games Beta melalui PAUTAN INI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post