Asia Tenggara sememangnya terkenal dengan sejarah yang kaya, budaya yang unik, dan keajaiban seni bina yang menakjubkan. Dalam Civilization VII, warisan ini dihidupkan melalui penambahan tamadun, pemimpin, unit khas, bangunan unik, dan mercu tanda (Wonder) yang mencerminkan pengaruh besar rantau Asia Tenggara.
Dari Empayar Khmer hingga Siam, Firaxis telah membawa wakil tamadun dan pemimpin bersejarah Asia Tenggara, lengkap dengan sistem civics tersendiri. Bagi pemain dari rantau ini, sama ada anda mahu menguasai lautan dengan armada tentera laut yang hebat, membina bandar yang makmur dengan struktur ekonomi unik, atau meninggalkan warisan dengan keajaiban mengagumkan, Civilization VII menjanjikan pengalaman yang lebih seronoka untuk meneroka kehebatan Asia Tenggara.
Pemimpin Asia Tenggara
José Rizal

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda (19 Jun 1861 – 30 Disember 1896), lebih dikenali sebagai José Rizal, ialah seorang nasionalis Filipina, penulis, doktor, dan revolusioner. Melalui pelbagai karya tulisannya, beliau mengkritik pemerintahan kolonial Sepanyol dan memperjuangkan reformasi politik serta peningkatan autonomi Filipina. Peranan pentingnya dalam Gerakan Propaganda Filipina menjadikannya ikon nasional Filipina.
- Abiliti Unik: Pambansang Bayani
- Mempunyai lebih banyak “Narrative Events” dan memperoleh tambahan Culture serta Gold setiap Era apabila menerima ganjaran daripada Narrative Event. Meningkatkan tempoh Celebration dan memberikan kebahagiaan tambahan semasa Celebration berlangsung.
- Agenda: Kapwa
- Hubungan meningkat secara sederhana dengan pemain yang mempunyai paling banyak Endeavors aktif. Sebaliknya, hubungan berkurang secara sederhana dengan pemain yang mempunyai paling banyak Sanctions aktif. Jika terdapat seri antara pemain yang memiliki Endeavors atau Sanctions terbanyak, perubahan hubungan akan berlaku dalam skala lebih kecil.
Trưng Trắc

Trưng Trắc (sekitar 14 – 43 M) ialah seorang pemimpin tentera Lạc Việt yang, bersama adiknya Trưng Nhị, mengetuai pemberontakan menentang penjajahan pertama China ke atas Vietnam di bawah Dinasti Han. Beliau memerintah sebagai ratu dari tahun 40 hingga 43 M sebelum akhirnya dikalahkan. Trưng Trắc dan adiknya kini dikenang sebagai wira nasional Vietnam.
- Abiliti: Hai Bà Trưng
- Mendapat sejumlah Promotion percuma untuk Commander pertama. Commander memperoleh pengalaman tambahan. Bandar yang terletak di kawasan tropika mendapat bonus Science, yang akan meningkat semasa Formal War yang diisytiharkan.
- Agenda: Văn Minh
- Hubungan berkurang secara sederhana dengan pemain yang memiliki jumlah Promotion tertinggi untuk semua Commander. Jika seri, hubungan berkurang dalam skala lebih kecil dengan semua pemain yang terlibat. Sebaliknya, hubungan meningkat secara sederhana dengan pemain yang mempunyai jumlah Promotion paling sedikit. Jika seri, hubungan meningkat dalam skala lebih kecil dengan semua yang terlibat.
Tamadun Asia Tenggara
Khmer – Zaman Antiquity

Empayar Khmer merupakan lambang Hindu-Buddha di Asia Tenggara. Dari pusat pemerintahannya, pengaruhnya tersebar luas ke seluruh rantau. Kuasa sebenar Khmer terletak pada air, kerana kawalan terhadap banjir Sungai Mekong memungkinkan pembangunan beberapa kota terbesar di dunia. Namun, apabila banjir ini mula surut, keagungan Khmer turut pudar, meninggalkan runtuhan impian di wilayah yang kini menjadi sebahagian daripada Kemboja, Thailand, Laos, dan Vietnam.
Pokok Sivik
- Mousong
- Peringkat 1: Membuka akses kepada Baray, bangunan unik Khmer. Penambahbaikan, bangunan, dan daerah bandar tidak akan musnah akibat banjir. Membuka Tradisi Pithi Chrat.
- Tradisi – Pithi Chrat: Unit mendapat tambahan Combat Strength apabila berada di kawasan Floodplains.
- Amnach
- Peringkat 1: Unit Cavalry unik Yuthahathi mendapat peningkatan Movement. Membuka Tradisi Varna serta Angkor Wat.
- Tradisi – Varna: Memberikan tambahan Gold daripada Specialist.
- Chakravarti
- Peringkat 1: Meningkatkan kadar pertumbuhan untuk ibu kota, tetapi mengurangkan kebahagiaan bagi setiap bandar lain. Membuka Tradisi Kambu-Mera.
- Tradisi – Kambu-Mera: Mengurangkan kos penyelenggaraan untuk Specialist.
- Peringkat 2: Menambah bilangan Codex Slots untuk Palace.

Unit Unik
- Vaishya (Unit Awam Unik): Unit Merchant khas Khmer. Kebal terhadap kerosakan banjir dan tidak terjejas oleh penalti pergerakan di kawasan petak basah.
- Yuthahathi (Unit Tentera Unik): Unit Cavalry khas Khmer. Mempunyai Combat Strength tinggi tetapi pergerakan yang terhad. Kebal terhadap kerosakan banjir.


Wonder Berkaitan
- Angkor Wat: Memberikan tambahan kebahagiaan dan meningkatkan had Specialist di bandar ini. Mercu tanda ini mesti dibina bersebelahan dengan River.

Majapahit – Zaman Exploration

Kerajaan Hindu terakhir di Nusantara muncul selepas pengkhianatan mengejut terhadap armada Kublai Khan, membuka jalan kepada kebangkitan Majapahit. Dengan kekuatan tentera dan strategi perdagangan, Majapahit berjaya menakluk serta mengawal kepulauan rempah pada awal era global. Namun, selepas tiga ratus tahun kejayaan, keadaan mula berubah. Rangkaian perdagangan Islam semakin berkembang, menyebabkan Majapahit kehilangan pengaruh dan akhirnya berundur ke Pulau Bali, di mana warisan mereka masih kekal hingga kini.
Pokok Sivik
- Wayang
- Peringkat 1: Membuka akses kepada Candi Bentar, bangunan unik Majapahit, serta Tradisi Panji.
- Tradisi – Panji: Menambah Culture bagi Specialist yang tidak berada di Capital.
- Peringkat 2: Meningkatkan Production untuk projek Overbuilding.
- Aliran Kepercayaan
- Peringkat 1: Membuka akses kepada Meru, bangunan unik, serta Tradisi Negarakertagama.
- Tradisi – Negarakertagama: Mengurangkan keperluan makanan bagi Specialist.
- Peringkat 2: Unit Missionary unik Pedanda turut memberikan tambahan Culture apabila “Convert a Settlement”.
- Nusantara
- Peringkat 1: Bangunan Culture dari Zaman Exploration mendapat bonus Culture jika bersebelahan dengan petak Coast. Membuka Tradisi Subak.
- Tradisi – Subak: Meningkatkan Culture dan Production pada petak Marine.
- Peringkat 2: Unit Naval mendapat peningkatan Combat Strength terhadap Unit Land.
- Gamelan
- Peringkat 1: Meningkatkan Culture pada petak yang mempunyai pelbagai bangunan dari era ini. Meningkatkan had Settlement. Membuka mercu tanda Borobudur.

Infrastruktur Unik
- Candi Bentar (Bangunan Unik): Memberikan asas kebahagiaan. Menerima bonus Culture jika bersebelahan dengan Coast atau Sungai yang boleh dilayari.
- Meru (Bangunan Unik): Bangunan tanpa era yang memberikan asas kebahagiaan. Menerima bonus kebahagiaan jika bersebelahan dengan Mountain atau Wonder. Kebahagiaan tambahan jika dibina di petak Natural Wonder.


Unit Unik
- Pedanda (Unit Awam Unik): Unit Missionary khas Majapahit. Memberikan Culture apabila menukar Settlement kepada agama anda. Memerlukan Temple.
- Cetbang (Unit Ketenteraan Unik): Unit Naval khas Majapahit. Mempunyai Combat Strength tinggi terhadap Unit Naval lain. Boleh menjarah petak dari jarak jauh dengan kos Movement yang lebih rendah.


Wonder Berkaitan
- Borobudur: Memberikan tambahan kebahagiaan serta meningkatkan kebahagiaan di Quarters. Mercu tanda ini mesti dibina bersebelahan dengan Coast.

Siam – Zaman Moden

Di antara perluasan kuasa kolonial British di India dan tuntutan Perancis ke atas Indochina, munculnya Siam sebagai kuasa yang berjaya menyesuaikan diri dengan pemerintahan kolonial secara beransur-ansur. Menggabungkan sebahagian daripada Laos, Lanna, dan Tanah Melayu, Siam meniti garisan halus antara menerima norma Barat dan mengekalkan tradisi Buddhisme, akhirnya berkembang menjadi Thailand yang kita kenali hari ini.
Pokok Sivik
- Nine Gems
- Peringkat 1: Membuka akses kepada Bang, peningkatan unik, serta Tradisi State Railway. Memberikan tambahan Culture untuk setiap Relationship yang berada di atas tahap Friendly.
- Tradisi – State Railway: Meningkatkan Influence untuk setiap Gold Building pada setiap giliran.
- Peringkat 2: Menambah Influence untuk setiap Relationship yang berada di atas tahap Friendly. Membuka Tradisi Sakdina.
- Tradisi – Sakdina: Memberikan kebahagiaan tambahan di City untuk setiap City-State yang menjadi sekutu.
- Mandala
- Peringkat 1: Unit Jarak Ranged unik Chang Beun mendapat tambahan Combat Strength di wilayah City-State yang menjadi sekutu. Membuka Tradisi Prathetsarat.
- Tradisi – Prathetsarat: Meningkatkan Influence dalam memulakan Diplomatic Actions dengan City-State berdasarkan peratusan tertentu.
- Peringkat 2: Menambah Culture pada Palace untuk setiap City-State yang menjadi sekutu. Membuka Tradisi Mueang serta mercu tanda Doi Suthep.
- Tradisi – Mueang: Memberikan tambahan Gold untuk setiap City-State yang menjadi sekutu.
- Sriwilai
- Peringkat 1: Menambah Culture untuk setiap Diplomatic Action yang sedang aktif dengan tamadun lain.
- Peringkat 2: Menambah Culture dan Gold untuk setiap Trade Route dengan tamadun lain.

Infrastruktur Unik
- Bang (Peningkatan Unik): Memberikan asas Culture dan lebahagiaan. Mesti dibina di sungai yang boleh dilayari.
Unit Awam Unik
- Uparat (Unit Great Person Unik): Hanya boleh dibina apabila anda menjadi Suzerain kepada sekurang-kurangnya satu City-State. Setiap Uparat yang diperoleh adalah rawak dan hanya boleh diperoleh sekali. Kos meningkat bagi setiap Uparat yang dibina.
- Jenis-jenis Uparat:
- Chakrabongse: Diaktifkan pada Palace untuk menerima jumlah Influence tertentu dengan serta-merta.
- Itsarasunthon: Diaktifkan pada City’s District untuk mencetuskan Celebration.
- Phibun: Diaktifkan pada City’s District untuk meningkatkan Production berdasarkan jumlah City-State sekutu.
- Pinklao: Diaktifkan pada City’s District untuk meningkatkan Culture berdasarkan jumlah City-State sekutu.
- Pridi: Diaktifkan pada City’s District untuk meningkatkan Influence berdasarkan jumlah City-State sekutu.
- Dara Rasmi: Diaktifkan pada City-State sekutu untuk menjadikannya sebuah Town di bawah kawalan anda.
- Sakdiphonlasep: Diaktifkan pada petak Tropical untuk memberikan sejumlah Chang Beun, Unit Ranged unik dengan Combat Strength yang lebih tinggi.
- Senanurak: Diaktifkan pada Unit Commander, memberikan Combat Strength tambahan kepada unit dalam radius untuk setiap City-State sekutu.
- Vajravudh: Diaktifkan pada City’s District untuk meningkatkan Science berdasarkan jumlah City-State sekutu.
- Wichaichan: Diaktifkan pada Independent Power, menukarkannya menjadi sebuah City-State dengan anda sebagai Suzerain.

Unit Ketenteraan Unik
- Chang Beun (Unit Ranged Unik): Mempunyai Movement dan Combat Strength yang lebih tinggi. Boleh bergerak selepas menyerang.

Wonder Berkaitan
- Doi Suthep: Memberikan tambahan Culture dan Gold untuk setiap City-State di mana anda menjadi Suzerain. Mercu tanda ini mesti dibina di kawasan Rough.

Sid Meier’s Civilization VII akan dilancarkan pada 11 Februari 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, melalui Steam, Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut tentang Civilization VII, sila layari laman web rasmi.
Kami juga telah mengumpul semua panduan yang dibuat setakat ini untuk Civilization VII sellain tamadun untuk Asia Tenggara. Pemain yang berminat boleh klik pautan berikut:
- Reviu Civilization VII
- Cara Mendapatkan Setiap Tamadun dalam Civilization VII
- Siapakah Pemimpin & Tamadun Asia Yang Muncul dalam Civilization VII
- Pemimpin & Tamadun Terbaik Untuk Pemula
- Bagaimana Sistem Three-Age Mengubah Gameplay Jadi Lebih Dinamik
- Panduan Diplomasi Untuk Meluaskan Tamadun
@gamersantaimy
Discussion about this post