Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Civilization: Eras & Allies Akan Dilancarkan 19 Jun, Gameplay Baharu Didedahkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Civilization: Eras & Allies Akan Dilancarkan 19 Jun, Gameplay Baharu Didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

2K baru sahaja mengumumkan bahawa Civilization: Eras & Allies, game mobile strategy yang diinspirasikan daripada siri Sid Meier’s Civilization, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Jun 2025 menerusi App Store dan Google Play.

Bersempena dengan pengumuman ini, 2K turut berkongsi trailer gameplay baharu yang penuh maklumat, menonjolkan pelbagai ciri menarik dalam game ini, termasuk pembinaan empayar, pengurusan sumber, dan peluang memimpin tokoh-tokoh sejarah terkemuka dalam peperangan epik.

Direka khas untuk platform mobile, Civilization: Eras & Allies menawarkan pengalaman gameplay strategi masa nyata yang pantas, berlatarbelakangkan garis masa sejarah manusia yang luas.

Pemain boleh mengawal lebih daripada 120 tokoh sejarah ikonik, membentuk pakatan strategik, membuka keajaiban dunia, serta memimpin tamadun mereka dari Zaman Purba hingga ke Zaman Moden.

Game ini memberi penekanan kepada strategi, di mana pemain berpeluang mengumpul dan menggabungkan sumber untuk memperkukuh empayar mereka serta terlibat dalam pertempuran-pertempuran sengit.

Setakat ini, Civilization: Eras & Allies telah berjaya menarik perhatian besar dengan lebih 1.2 juta pra-pendaftaran. Kejayaan ini telah membuka empat peringkat ganjaran, termasuk Gold, XP Boost, dan ganjaran terkini: 10 Museum Ticket. Masih ada satu lagi peringkat ganjaran terakhir yang boleh dicapai sebelum hari pelancaran.

Dengan tarikh pelancaran semakin hampir, pemain masih berpeluang untuk membuat pra-pendaftaran di App Store atau Google Play dan mendapatkan ganjaran eksklusif yang akan diberikan pada hari pelancaran nanti.

Ini merupakan peluang terakhir untuk menyertai kempen pra-pendaftaran dan memperoleh bonus istimewa dalam game sebaik sahaja ia dilancarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Civilization: Eras & Allies.

Tags: Civilization: Eras & Allies
ShareTweetSend
Previous Post

COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing Pop-Up Store Bakal Menyapa Peminat di Sunway Pyramid!

Next Post

Dragon Quest I & II HD-2D Remake Akan Tiba 30 Oktober, Turut Hadir ke Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Quest I & II HD-2D Remake Akan Tiba 30 Oktober, Turut Hadir ke Switch 2

Dragon Quest I & II HD-2D Remake Akan Tiba 30 Oktober, Turut Hadir ke Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd