Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Kenapa Wujudnya Devil Hunter dan Ramai Yang Ingin Menjadinya!

Maira by Maira
November 1, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Chainsaw Man: Kenapa Wujudnya Devil Hunter dan Ramai Yang Ingin Menjadinya!
Share on FacebookShare on Twitter

Tengok sahaja trailer Chainsaw Man, rasanya kita tahu bahawa dunia fiksyen tersebut penuh dengan devil yang membuat huru-hara serta membunuh manusia. Untuk mengekang masalah ini, maka satu organisasi telah ditubuhkan iaitu Devil Hunter. Tidak kiralah sebesar mana devil tersebut, mereka akan menjadi orang pertama tiba untuk menghapuskannya. Tetapi sudah tentu ianya satu tugas yang berat malah berbahaya. Namun, ramai pula yang ingin menjadi pemburu devil.

devil hunter

Mestilah ada beberapa sebab mengapa ramai yang ingin menjadi devil hunter. Antaranya ialah ganjaran yang lumayan. Bayangkanlah kalau kerja penat-penat dapat sakit pula, lepas itu gaji pula menyedihkan. Memang tidak ada siapa yang ingin menjadinya.

Kebanyakan orang yang mengambil kerja ini juga merupakan mangsa daripada serangan devil dan ingin menegakkan keadilan. Tetapi antara keadilan dengan wang, sudah tentu lebih ramai yang menjadinya kerana ganjaran lumayan tersebut.

Jenis pertubuhan Devil Hunter

Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis pertubuhan devil hunter iaitu kerajaan dan persendirian. Selalunya devil hunter persendirian inilah yang berebut dengan pertubuhan kerajaan untuk membunuh devil. Tetapi kalau sudah jumpa devil yang kuat, sudah tentu mereka terpaksa bekerjasama untuk menumbangkannya.

devil hunter

Agensi yang Denji telah masuk ialah Public Safety Devil Hunter (PSDH), yang merupakan pertubuhan di bawah kerajaan. Terdapat beberapa peraturan serta protokol yang mereka perlu ikuti apabila menyertainya. Lebih-lebih lagi dengan kod pakaian mereka. Sebab itulah anda melihat mereka ini berpakaian formal semuanya. Walaupun begitu, banyak faedah yang diberikan kepada mereka termasuklah ganjaran serta cuti yang banyak.

Bercerita tentang tugas PSDH, Denji dan Hayakawa antara orang yang menyertai barisan hadapan untuk melawan devil yang mengamuk. Mereka ini akan diberikan arahan oleh orang atasan seperti Makima. Tugas yang diberikan tidaklah terhad kepada membunuh devil, boleh juga ia menjadi misi mencari dan menyelamat.

Berbeza dengan PSDH, devil hunter persendirian selalunya membuat duit dengan menjual devil yang mereka bunuh kepada Yakuza ataupun pasaran gelap. Tetapi mereka juga kadang-kadang diupah oleh Public Safety Devil Hunter. Mereka inilah yang biasanya dibayar sejumlah wang yang lumayan untuk perkhidmatan mereka. Ada juga pelajar yang membuka kelab memburu masing-masing kerana populariti pekerjaan itu.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Untuk anda yang ingin menonton anime ini, boleh gunakan platform seperti Ani-One Asia dan Amazon Prime! Siri ini juga akan tersedia di platform lain pada masa akan datang. Manganya juga tersedia secara percuma di MangaPlus untuk dibaca.

Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Chainsaw ManDevil Hunter
Previous Post

Gotham Knights – Kisah sebenar kematian Batman!

Next Post

Apakah maksud sebenar ‘Waifu’? Kenapa istilah ini sangat popular dalam anime!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Apakah maksud sebenar ‘Waifu’? Kenapa istilah ini sangat popular dalam anime!

Apakah maksud sebenar 'Waifu'? Kenapa istilah ini sangat popular dalam anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd