Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CD Red Projekt masih menunggu jawapan dari Sony untuk mengembalikan Cyberpunk ke PS Store

Amir Haziq by Amir Haziq
May 27, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Microsoft, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
CD Red Projekt masih menunggu jawapan dari Sony untuk mengembalikan Cyberpunk ke PS Store
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun lalu, Sony telah membuat keputusan mengeluarkan game Cyberpunk 2077 yang dibangun oleh CD Projekt Red dari PlayStation Store. Keputusan ini dibuat kerana game tersebut menerima banyak komen negatif dan ramai pemain telah meminta refund kerana mengalami masalah bug yang teruk dalam game itu. Baru-baru ini, semasa pertemuan bersama pemegang saham, CD Projekt Red menyatakan mereka masih menunggu keputusan penuh dari Sony untuk mengembalikan semula game tersebut ke PlayStation Store.

Presiden CD Projekt Red, Adam Kiciński menyatakan mereka masih menunggu jawapan dari Sony untuk mengembalikan CyberPunk 2077 ke PS Store. Isu ini bukannya pertama kali menjadi topik perbualan dalam industri permainan video, kerana pada bulan Mac lalu, eksekutif studio, Michal Nowakowski menekankan bahawa mereka akan terus menambahkan patch baru sehingga Sony bersetuju untuk membawa semula game ini ke PS Store.

Sejak beberapa bulan yang lalu, studio tersebut telah mengeluarkan beberapa patch baru ke CyberPunk 2077 untuk konsol PlayStation dan semua platform. Sebelum ini, mereka telah menambahkan sebuah patch besar versi 1.2 dengan 500 penambahbaikkan dan penyesuaian baru bagi menstabilkan game tersebut, terutamanya di Xbox One dan PS4 yang menghadapi banyak masalah ketika dimainkan.

Masalah yang dihadapi di in-game Cyberpunk menyebabkan Sony telah bertindak untuk mengeluarkannya dari PS Store selepas beberapa minggu ia dilancarkan. Sony ketika itu menyatakan penarikan itu akan diberitahu lebih lanjut kerana masalah kualitinya dan ingin memastikan pelanggan berpuas hati dengan apa yang mereka dapatkan dari PS Store. Kini sudah hampir 6 bulan berlalu, dan Sony masih lagi tidak memberikan kata putus kepada CD Projekt Red untuk melepaskan semula game mereka.

Buat masa ini, Sony masih tidak menunjukkan tanda untuk mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengembalikan game tersebut ke PS Store. Untuk mengikuti perkembangan berita studio tersebut dari kami, tekan sahaja pautan ini.

Sumber: GamesRadar

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077playstation storeSony
Previous Post

McLaren Racing x Free Fire menampilkan McLaren P1™ & MCLFF dalam kolaborasi terbaru!

Next Post

vivo V21 5G dan juga eksklusif produk vivo dalam kolaborasi bersama jenama fesyen Malaysia didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
vivo V21 5G dan juga eksklusif produk vivo dalam kolaborasi bersama jenama fesyen Malaysia didedahkan!

vivo V21 5G dan juga eksklusif produk vivo dalam kolaborasi bersama jenama fesyen Malaysia didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd