Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom mendedahkan acara Resident Evil X Dead By Daylight akan datang

Amir Haziq by Amir Haziq
April 16, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Capcom mendedahkan acara Resident Evil X Dead By Daylight akan datang
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan Resident Evil akan membuat crossover di Dead By Daylight semasa acara Resident Evil Showcase pagi tadi. Beberapa watak dari Resident Evil yang belum diketahui buat masa ini akan mendapat crossover dalam Dead By Daylight seperti francais Silent Hill, Ash vs. The Evil Dead, Halloween, serta Texas Chainsaw Massacre.

Sebuah trailer pendek mengenai Resident Evil akan tiba di Dead By Daylight dikongsikan semasa showcase. Namun di dalam trailer tersebut tidak menunjukkan sebarang maklumat mengenai apa yang akan muncul di Dead By Daylight. Mungkin Chris Redfield, Jill Valentine, atau Leon Kennedy akan muncul sebagai mangsa, atau raksasa seperti William Birkin dan Nemesis muncul sebagai pembunuh dalam crossover ini nanti.

Dead By Daylight terkenal dengan acara crossover yang besar dengan membawa watak-watak dari filem seram ikonik. Dalam Dead By Daylight, empat pemain akan menjadi survivor yang berhadapan dengan seorang lagi pemain yang memegang peranan sebagai killer. Survivor perlu menyelamatkan diri dari killer dengan membuat perangkap dan keluar dari kawasan tersebut supaya tidak dibunuh.

Seperti crossover Dead By Daylight yang lepas, Pyramid Head dari Silent Hill, Leatherface dari Texas Chainsaw Massacre dan Michael Myers dari Halloween telah muncul sebagai killer. Manakala watak survivor yang muncul sebelum ini pula seperti Ash Williams dari Ash Vs. The Evil Dead, Laurie Strode dari Halloween, dan Cheryl Mason dari Silent Hill 3.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai watak Resident Evil mana yang akan menjadi crossover. Capcom dan pembangun Dead By Daylight hanya berkongsikan maklumat mengenai acara tersebut akan didedahkan pada 25 May nanti. Sama-sama kita nantikan!

Muat turun di sini
Dead by Daylight
Release Date: 2016-06-14
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, Steam, Xbox One
Dead by Daylight adalah permainan video seram survival asimetri yang dikembangkan oleh Behavior Interactive. Dead by Daylight dilancarkan untuk PC pada bulan Jun 2016, dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan Jun 2017 & dilancarkan di Nintendo Switch pada 24 September 2019. Permainan ini dimainkan sebagai multiplayer 1v1 dalam talian di mana satu pemain mengambil peranan sebagai pembunuh dan empat pemain yang lain bermain sebagai mangsa, cuba melarikan diri dari pembunuh dan mengelakkan daripada ditangkap dan dikorbankan kepada Entiti.
Tags: Crossoverdead by daylightResident EvilResident Evil showcase 2021
Previous Post

Kini Mati di Call of Duty: Warzone boleh jadikan anda Zombi!

Next Post

Perbezaan antara Manga, Manhwa & Manhua! Rumusan ringkas tapi padat!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Perbezaan antara Manga, Manhwa & Manhua! Rumusan ringkas tapi padat!

Perbezaan antara Manga, Manhwa & Manhua! Rumusan ringkas tapi padat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd