Generasi baru Call of Duty® multiplayer akan datang. Jangan lupa tanda kalendar korang pada Khamis, 1 Ogos, di mana Activision dan Infinity Ward akan mengumumkan universe multiplayer Call of Duty®: Modern Warfare®. Setelah dinamakan “Best Multiplayer Online” oleh Game Critics Awards Best di E3 2019, Modern Warfare multiplayer memberi pengalaman gaming online yang lain daripada lain.
Ketika pemain selami jalan cerita Moden Warfare yang mendebarkan hati ini, multiplayer bersambung pengalaman pemain semasa online di medan peperangan terhebat. Mempunyai feature “unified progression” antara mode, Modern Warfare ingin menyatukan komuniti dengan rancangan untuk menyokong cross-play antara pelbagai pelantar dan penyingkiran Season Pass untuk memberi kandungan yang lebih banyak map percuma, content dan acara komuniti selepas pelancaran.
Sebelum ini, peminat mendapat peluang melihat mode 2 vs 2 Gunfight baru, yang hanya sebahagian kecil daripada pengalaman multiplayer online dalam Modern Warfare. Ditunjukkan secara siaran langsung di Twitch, Gunfight mengandungi satu tahap baru untuk quick-action, dan pertempuran jarak dekat ber-duo. Korang boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.
*Rumor* Call of Duty Modern Warfare akan ada Battle Royale, Gun Game dan pelbagai lagi!
Tonton pada 1 Ogos di Twitch.tv/CallofDuty untuk pengumuman penuh Modern Warfare Multiplayer Universe dan peluang melihat gameplay eksklusif untuk peminat pada waktu pelancaran. Buat masa ini, peminat boleh mendapat maklumat terkini mengenai Call of Duty: Modern Warfare multiplayer di @CallofDuty dan @InfinityWard di Twitter, Instagram dan Facebook.
Call of Duty: Modern Warfare dijangka keluar secara global pada 25 Oktober di PlayStation 4, Xbox One, dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post